Maritim Tawau tahan juragan bot kargo cuba seludup keluar minyak masak, LPG

TAWAU – Cubaan seorang lelaki tempatan menggunakan sebuah bot kargo untuk membawa keluar 680 pek minyak masak dan 28 unit tong gas LPG berisi ke sempadan negara gagal, apabila ditahan Maritim Malaysia Tawau pada kedudukan 2.4 batu nautika barat daya Sungai Kinabutan Kecil, pada Jumaat.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot kargo itu berjaya dipintas bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan rondaan Ops Khas Pagar Laut 1/2025 selepas dikesan bergerak laju keluar dari perairan Batu Tiga menuju ke sempadan perairan Malaysia-Indonesia kira-kira pukul 10.40 malam.

“Pemeriksaan ke atas bot mendapati juragan berumur 35 tahun gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran berkaitan barangan bersubsidi yang dibawa serta tidak mempunyai daftar nama di dalam lesen bot.

“Juragan, bot serta muatan dengan nilai rampasan dianggarkan RM50,000 itu ditahan untuk disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002,” katanya dalam kenyataan media, pada Sabtu.

Shahrizan berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan berlakunya cubaan penyeludupan barangan tersebut ke negara jiran bagi pasaran luar semasa musim perayaan.

“Penguatkuasaaan semasa musim perayaan akan diperkasa secara optimum dengan rondaan dan pemantauan lebih kerap di kawasan titik panas bagi membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang tanpa mengira kuantiti barangan yang dibawa, khususnya di perairan Tawau,” katanya.

Tegasnya, Maritim Malaysia memandang serius terhadap segala aktiviti jenayah rentas sempadan selain aset ronda akan sentiasa bersiap sedia untuk diatur gerak pada bila-bila masa dalam menghadapi sebarang situasi.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak