Pelancong China maut menyelam di Pulau Mabul

SEMPORNA – Seorang lelaki warganegara China disyaki lemas selepas melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Mabul, di sini, pada Ahad.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari, mangsa berumur 34 tahun ditemukan terapung di permukaan air dengan badan dan muka telangkup dalam air.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Sabri Zainol berkata, polis menerima maklumat berkaitan insiden itu pukul 2.36 petang.

“Sebelum kejadian, pengadu yang juga jurulatih selam bersama seorang lagi jurulatih membawa lima penyelam di kedalaman 12 meter di perairan Pulau Mabul pukul 10.50 pagi.

“Pukul 12.30 tengah hari, aktiviti selesai dan semua penyelam telah naik menyerahkan peralatan termasuk mangsa,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Mangsa kemudian masih berenang di permukaan air sekitar bot sebelum dikesan tidak naik ke atas bot sebaik semua berada dalam bot.

“Selepas membuat pemeriksaan, mangsa didapati terapung di permukaan air dan dengan bantuan penyelam yang lain, mangsa diangkat ke atas bot selain cuba memberi bantuan pernafasan sebelum dibawa ke Hospital Semporna.

“Bagaimanapun, semasa di hospital, pegawai perubatan telah mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya.

Jelas Sabri, pihaknya kemudian membuka kertas siasatan yang diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan bedah siasat akan dijalankan dalam masa 48 jam sekiranya tiada waris yang tampil untuk menuntut mayat mangsa.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohammad Ali Amat di talian 013-2120852 atau tampil untuk menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berdekatan,” ujarnya.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP