Ewon sumbang RM35,000 kepada SJK (C) Yue Min Penampang

PENAMPANG – Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan sebanyak RM35,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJK (C) Yue Min bagi membiayai keperluan sekolah, termasuk kos tambahan pengoperasian papan pintar interaktif di sekolah itu.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, sumbangan itu adalah kesinambungan daripada inisiatif sebelum ini, iaitu sebanyak RM50,000 sumbangan telah diberikan kepada sekolah berkenaan untuk pemasangan papan pintar interaktif di 38 bilik darjah.

“Minggu lalu saya melancarkan papan pintar interaktif atau ‘Classroom Digital’ dan meninjau pengoperasian ‘smartboard’ tersebut di sekolah ini.

“Saya difahamkan terdapat kos tambahan untuk pengoperasian ‘smartboard’ yang telah dipasang.

“Oleh itu, saya bersetuju menyalurkan RM30,000 kepada PIBG sekolah bagi tujuan tersebut.

“Selain itu, selepas meninjau keadaan jalan raya, pintu masuk dan keluar sekolah ini, saya dimaklumkan terdapat keperluan lain iaitu untuk pemasangan semula atap di pintu utama sekolah.

“Hari ini, saya datang ke sekolah ini untuk menyampaikan sumbangan sebanyak RM35,000 kepada PIBG sekolah, seperti yang saya nyatakan pada minggu lalu,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan di dewan sekolah tersebut, di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, sumbangan itu adalah tanda keprihatinannya terhadap keperluan pendidikan dan keselesaan pelajar, selari dengan usaha memperkukuh sistem pendidikan.

“Sumbangan ini adalah sebahagian daripada komitmen dan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat Penampang untuk memastikan sekolah-sekolah di kawasan ini mendapat kemudahan yang mencukupi serta persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif,” katanya.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP