Fitnah Masjid Bestari Ayer Kuning dilarang azan: Zam Rich mohon maaf, padam hantaran FB

TAIPING – Pegawai Khas Menteri Besar Perak Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud mengesahkan isu berkaitan Masjid Bestari Kampung Ayer Kuning, di sini, yang difitnah melarang laungan azan sudah diselesaikan dalam keadaan harmoni dan baik.

Menurut beliau, satu pertemuan melibatkan ahli jawatankuasa masjid bersama individu yang telah memuat naik hantaran di Facebook miliknya berkaitan permasalahan itu telah berlangsung pada petang Ahad bagi menyelesaikan segala kekeliruan.

Ujar beliau, hasil pertemuan itu, pelaku yang menggunakan nama ‘Zam Rich’ mengaku memuat naik isu laungan azan itu hanya mendengar maklumat daripada perbualan pihak lain tanpa mengetahui kesahihannya.

“Sebenarnya salah faham timbul bermula apabila kekhilafan salah seorang pegawai masjid terlupa mematikan suis pembesar suara di bahagian luar ketika aktiviti kuliah selepas solat Tarawih. Rentetan daripada itu, terdapat laporan daripada individu yang mengatakan kuliah tersebut mengganggu waktu rehatnya.

“Timbulnya isu mengatakan masjid itu melarang azan guna pembesar suara bermula dari status yang dimuat naik oleh ‘Zam Rich’ sehingga menjadi tular. Walhal berita itu dia mengaku dimuat naik tanpa mengetahui kesahihan isu yang sebenar, hanya mendengar daripada pihak lain (hear say).

“Dia salah menggunakan media sosial sebagai medium untuk menyebarkan berita palsu. Hasil pertemuan, dia memohon maaf dan mengambil tindakan memadam ciapan tersebut bagi menjaga keharmonian masjid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi wartawan The Malaysia Press (TMP) berhubung isu yang tular di media sosial berkaitan fitnah laungan azan tidak dibenarkan menggunakan pembesar suara di Masjid Ayer Kuning.

Dalam hantaran tersebut, pemilik Facebook ‘Zam Rich’ menulis bahawa laungan azan di masjid tersebut tidak boleh menggunakan pembesar suara.

Hantaran itu dikongsi secara meluas sehingga menimbulkan pelbagai pendapat kurang menyenangkan tanpa mengetahui cerita sebenar disebaliknya.

Sementara itu, Ahmad Saidi berkata, pengerusi masjid juga telah mengambil tindakan segera dengan memperbaiki alat siar raya di masjid tersebut.

“Pihak masjid mendakwa corong pembesar suara ada sebahagian yang tidak berfungsi sepenuhnya dengan baik dan kerja-kerja penambahbaikan sistem sudah dijalankan.

“Saya sendiri juga telah bersolat di masjid itu dan dapati pembesar suara telah berfungsi dengan baik. Malah azan juga turut berkumandang dengan baik dan jelas,” ujarnya.

Justeru itu, tambah beliau, dengan sipelaku telah mengakui kekhilafannya dan memohon maaf di antara dua pihak bersama pengurusan masjid, dia berharap tiada lagi isu negatif timbul.

“Saya anggap isu berkaitan laungan azan dan pembesar suara ini sudah selesai. Kedua-dua belah pihak bersetuju dan tidak akan memanjangkan perkara itu lagi,” katanya.

Oleh itu, beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang turut mengalu-alukan orang awam untuk berhubung terus dengan pihak masjid dalam mendapatkan kesahihan supaya tidak berlaku lagi salah faham.

“Saya turut menasihatkan semua orang awam supaya tidak menghebahkan sesuatu berita jika kita sendiri tidak mendapat maklumat yang tepat dan jelas berkaitan permasalahan tersebut,” jelasnya lagi.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok