Dewan Rakyat lulus 10 RUU termasuk Perkhidmatan Parlimen

MESYUARAT Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir semalam menyaksikan 10 rang undang-undang (RUU) termasuk kelulusan bersejarah RUU Perkhidmatan Parlimen 2025.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dalam ucapan penutup di Dewan Rakyat berkata, penggubalan RUU baharu itu, dapat memastikan pemisahan kuasa yang jelas antara badan eksekutif dan legislatif.

Ia sekaligus memberikan autonomi kepada Parlimen untuk menentukan hala tuju legislatif secara tersendiri.

Beliau berkata, mesyuarat kali ini juga meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja dan beberapa usul, termasuk usul membahaskan Laporan Ketua Audit Negara 1/2025, selain tiga sesi penerangan menteri.

Johari turut menyentuh mengenai peranan Parlimen Malaysia selaku Pengerusi Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) yang terlibat secara langsung dengan lima program AIPA.

Ia meliputi Perhimpunan Antara Parlimen Wanita Asean (WAIPA), Mesyuarat Ahli Parlimen Muda Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN, Mesyuarat Antara Muka Pemimpin ASEAN-AIPA, Mesyuarat Majlis Penasihat AIPA mengenai Dadah Berbahaya ke-7 dan Perhimpunan Agung AIPA ke-46.

“Saya berharap semua Ahli Parlimen menggunakan peluang yang ada untuk memperoleh pengalaman baharu, berkongsi pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik serta mencari penyelesaian bersama-sama rakan serantau dalam menangani cabaran serantau dan global,” katanya.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anak muda PKR hayati kandungan Deklarasi Permatang Pauh, reformasi tidak boleh terburu-buru

Anak muda PKR hayati kandungan Deklarasi Permatang Pauh, reformasi tidak boleh terburu-buru

Mansuh AUKU lembaran baharu buat pendidikan tinggi negara

Mansuh AUKU lembaran baharu buat pendidikan tinggi negara

Hayati semangat Deklarasi Permatang Pauh, jangan ada lagi persengketaan demi perkasa parti

Hayati semangat Deklarasi Permatang Pauh, jangan ada lagi persengketaan demi perkasa parti

Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

Cadangan pemansuhan AUKU dibawa ke Kabinet pada Rabu

Cadangan pemansuhan AUKU dibawa ke Kabinet pada Rabu

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah