Malaysia Hindu Sangam terima permohonan maaf 3 penyampai radio

PUTRAJAYA – Malaysia Hindu Sangam (MHS) menerima permohonan maaf tiga penyampai radio Era FM berhubung video mempersenda upacara membawa kavadi ketika sambutan Thaipusam.

Presiden MHS, T Ganesan berkata, pihaknya tidak ada masalah untuk memaafkan tiga individu itu, Radin Amir Affendi Ahmad Aruani, Azad Jasmin dan Nabil Ahmad.

Difahamkan tiga penyampai terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui tindakan mereka itu tidak sensitif.

Untuk rekod, MHS adalah badan tertinggi bagi penganut Hindu di negara ini.

“Jika mereka benar-benar insaf atas kesilapan mereka dan mengambil pengajaran, lalu mereka ingin memohon maaf dengan sepenuh hati, kami menerima permohonan maaf mereka,” kata Ganesan dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau menjelaskan dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, isu sebegitu perlu ditangani dengan berhati-hati dan berharap insiden berkenaan menjadi pengajaran kepada semua untuk tidak mempersendakan mana-mana agama.

Polis dilaporkan sudah merujuk kertas siasatan kes itu ke Jabatan Peguam Negara.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Related Posts

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

PENETAPAN 50 ekar di Bandar Malaysia sebagai Tanah Rizab Melayu menjadi langkah penting melindungi kepentingan Bumiputera di kawasan bandar bernilai tinggi. Belanjawan 2027 diharap meneruskan usaha itu dengan sokongan pelaksanaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jelapang padi perlu diwartakan, pastikan keluasan tanaman tidak susut – KPKM

PUTRAJAYA – Kerajaan negeri disaran mewartakan kawasan jelapang padi bagi memastikan keluasan tanah penanaman padi terus dipelihara dalam usaha meningkatkan Kadar Sara Diri (SSR) beras negara. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja