SPRM sedang siasat, belum beku akaun Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Akaun Yayasan Keluarga Malaysia dan akaun Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri belum dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, bagaimanapun berkata, SPRM sedang menyiasat akaun milik Ahli Parlimen Bera itu.

Katanya, setakat ini sebanyak 13 akaun bank bernilai RM2 juta milik individu dibekukan pihaknya dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram .

“Kita masih belum membekukan lagi akaun Yayasan Keluarga Malaysia kerana ia bukan akaun individu dan akaun yang aktif manakala akaun Ismail Sabri sedang siasat.

“Kita juga meminta penjelasan daripada beliau untuk menerangkan mengenai semua akaun yang ada,” katanya.

Azam berkata, kebanyakan akaun suspek ditahan SPRM sebelum ini sudah dibekukan.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya perlu merakam percakapan antara tujuh atau lapan orang lagi bagi tindakan selanjutnya.

“SPRM sudah merakam kenyataan beberapa orang kanan Ismail Sabri sewaktu berkhidmat sebagai Perdana Menteri, antaranya Datuk Nazimah Hashim, yang juga Ketua Setiausaha Sulit beliau ketika itu,” katanya.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu kesihatan mental perlu dipandang serius sebelum tangisan bertukar tragedi

KUALA LUMPUR – Keperluan agar isu kesihatan mental generasi muda diberi perhatian lebih awal sebelum tekanan yang dihadapi mereka membawa kepada tragedi. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula