23 akaun TikTok disekat, pelesenan atau tapisan AI tersasar?

PUTRAJAYA – Tidak cukup dengan sekatan kepada lebih kurang 23 akaun media sosial TikTok milik beberapa agensi berita tempatan, malah dunia media sosial sekali kali gempar apabila beberapa akaun media sosial milik pempengaruh terkenal di Malaysia turut mengalami nasib yang sama, sekaligus menimbulkan persoalan, adakah penguatkuasaan akta pelesenan penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet pada Februari lalu, menjadi wadah untuk menyekat kebebasan bersuara?

Sudah semestinya tidak sama sekali, menurut Timbalan Dekan Akademik dan Teknologi, Institut Teknologi Maklumat Malaysia dan Universiti Kuala Lumpur, Dr Shafiza Mohd Shariff, sekatan ke atas beberapa akaun TikTok agensi berita tempatan itu tidak berkait dengan akta pelesenan penyedia perkhidmatan semata-mata namun tindakan berlaku berikutan ‘AI Moderations’ atau tapisan kecerdasan buatan (AI) yang mengikut garis panduan yang telah diletakkan oleh pengendali media sosial itu sendiri.

Katanya, sebelum ini setiap media sosial sudah meletakkan garis panduan yang jelas tentang perkara-perkara yang boleh dikongsikan dan tidak dikongsikan kepada tatapan umum, terutamanya dalam hal ini, sekatan kepada 23 akaun TikTok itu difahamkan berpunca daripada siaran bahan seperti gambar dan video yang berkait ‘Child Sexual Abuse Material’ (CSAM).

“Pada pemahaman saya adalah platform TikTok merujuk kepada akta lain untuk membawa sebarang kandungan berkait CSAM dikenakan tindakan, jadi berdasarkan akta tu dia tidak membenarkan apa-apa gambar, video yang berkenaan dengan CSAM dipaparkan.

“Jadi berdasarkan kepada akta tersebut, TikTok menilai dan membuat tapisan, walaupun TikTok sudah mendapatkan pelesenan di Malaysia tetapi ia juga tertakluk kepada akta-akta antarabangsa yang lain. 

“Jadi ‘AI moderation’ tersebut dibuat kerana dimaklumkan ada gambar atau kandungan yang menyentuh sensitiviti, kemudian akaun-akaun tersebut ‘di-flag’ sebagai tidak mengikuti garis panduan yang ditetapkan seterusnya dikenakan sekatan, jadi itulah yang terjadi kepada beberapa akaun media sosial tempatan ketika ini,” katanya kepada The Malaysia Press.

Jelasnya, garis panduan yang dimasukkan di dalam ‘AI Moderation Code’ itu akan mengesan sebarang video, gambar dan kandungan media sosial yang berkaitan dengan CSAM termasuklah perkataan seperti rogol, cabul, seks dan seumpamanya, sama juga seperti sebagaimana pelesenan media sosial berfungsi dalam menyekat kandungan yang berunsurkan penipuan dan ‘scam’.

“Platform media sosial yang sudah mendapatkan lesen untuk beroperasi di Malaysia dipercayai akan berfungsi dengan membuat tapisan ke atas kandungan yang dimuat naik ke media sosial, sebagai contoh, sekiranya didapati dalam kandungan media sosial itu terdapat perkataan atau kata kunci yang berunsurkan ‘threat’, ‘scam’ dan ‘fraud’,  pihak platform akan menghentikan penyebaran maklumat tersebut dengan kerjasama agensi berkaitan.

“Jadi di sini, penyedia perkhidmatan boleh bekerjasama untuk memastikan setiap kandungan media sosial yang berunsurkan penipuan atau dikenal pasti sebagai salah satu kaedah baharu untuk penipuan dalam talian dapat disekat malah kerajaan juga boleh meminta supaya platform tersebut menghentikan penyebaran mesej tersebut.

“Keadaan ini sudah semestinya menguntungkan terutamanya apabila berlaku jenayah di alam siber, jenayah dapat dikesan dengan lebih cepat kerana ia mengikut akta yang telah ditetapkan di dalam pelesenan tersebut malah ia juga sebagai langkah pencegahan atau mitigasi  untuk mengelakkan media sosial jadi medan penyebaran penipuan,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, menurut maklumat awal yang diterima daripada pihak TikTok, akaun-akaun berkenaan disekat kerana membuat laporan berkaitan kes cabul di sebuah masjid di Batang Kali baru-baru ini, melibatkan seorang kanak-kanak perempuan.

Katanya, sekatan itu berpunca daripada kecerdasan buatan TikTok yang mana kadangkala ia boleh jauh tersasar dan tidak memahami etika pelaporan media yang secara jelasnya berbeza tujuan dengan kandungan yang dihasilkan oleh orang awam malah peningkatan penggunaan ‘AI-content moderation’ di TikTok menyebabkan salah faham berhubung kandungan yang dimuat naik di platform itu.

Mengulas lanjut Shafiza berkata, bagi mengelakkan fungsi Al-content moderation yang kadangkalanya tersasar dalam mentafsir kandungan di media sosial kemudian mengenakan sekatan ke atas akaun, ‘AI learning’ perlu dikemas kini.

“Pertama sekali kena kenal pasti adakah CSAM yang bukan komersial boleh dikecualikan dari sebarai patut disekat atau salah untuk dikongsi di platform media social, jika memang ada kebenaran untuk membolehkan CSAM bukan komersial, ‘AI learning’ tu perlu dikemas kini untuk memastikan apakah kaedah membezakan komersial dan bukan komersial? Kajian terperinci perlu dilakukan.

“Kena ada kajian yang lebih terperinci untuk mengenal pasti apakah jenis keganasan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan. Sebab kalau artikel berita, tetapi dilabelkan sebagai ‘violence’ tetapi dianggap ‘violence’ dari segi imej dan video, tetap boleh jadi ‘disturbance’ (mengganggu) kepada penonton media sosial apatah lagi kepada mereka yang secara mentalnya tidak bersedia untuk kandungan maklumat sebegitu,” tambahnya.

Related Posts

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUTRAJAYA – Tan Sri Azam Baki kekal sebagai anggota Lembaga Penasihat Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) sehingga 19 September 2027 berdasarkan pelantikan yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

MUAR – Pengundi khususnya anak muda yang berada di luar negeri termasuk di Singapura, digesa pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 11 Julai ini. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti