Program Jiwa Komuniti Madani, medan komunikasi kerajaan bersama akar umbi

PROGRAM Jiwa Komuniti Madani di bawah kelolaan Jabatan Penerangan Malaysia merupakan satu program yang efektif bagi menyantuni rakyat di peringkat akar umbi dalam menyampaikan maklumat,dasar serta inisiatif terkini kepada rakyat.

Ini dibuktikan dengan penganjuran program Jiwa Komuniti oleh Komuniti Madani Kampung Gong Limau dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Kemaman bertempat di restoran Kemaman Kitchen baru-baru ini.

Dalam program yang berorientasikan santai ini, pihak Jabatan Penerangan telah mengambil peluang sambil para hadirin menjamu selera menyampaikan penerangan terkini mengenai dasar-dasar kerajaan termasuk isu penguatkuasaan Akta 588, Kepengerusian ASEAN dan juga keuntungan terkini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut Timbalan Pengerusi Komuniti Madani Kg Gong Limau, Mohd Aizad Safwan, program berbentuk santai seperti adalah ini lebih berkesan dalam menyampaikan penerangan dasar-dasar terkini Kerajaan Madani di samping dapat mengeratkan hubungan sesama ahli komuniti.

Program Jiwa Komuniti ini telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Saharuddin Mohammad dan turut dihadiri oleh kakitangan Jabatan Penerangan Daerah Kemaman bersama ahli komuniti Kg Gong Limau.

Related Posts

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

KUCHING – Polis menyiasat kejadian dua lelaki bermotosikal yang melanggar seorang anggota polis ketika sekatan jalan raya (SJR) dijalankan di Jalan Padungan. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

KUCHING – Warisan Old Kuching bukan hanya tertumpu pada bangunan dan tapak bersejarah, malah turut merangkumi kelestarian cerita, memori, budaya serta pengalaman masyarakat yang diwarisi merentas generasi. Pendekatan komprehensif itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM