Penjawat awam dibenar pulang awal sepanjang Ramadan

PUTRAJAYA –  Penjawat awam dibenarkan pulang kerja 30 minit lebih awal sepanjang bulan Ramadan di bawah pelaksanaan waktu bekerja fleksi, kata Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, kebenaran untuk pulang kerja 30 minit lebih awal itu diberikan sekiranya penjawat memilih untuk memendekkan waktu rehat kepada 30 minit pada bulan Ramadan.

“Sukacita saya maklumkan bahawa semua penjawat awam telah sebelum ini mendapat maklumat mengenai pelaksanaan waktu bekerja fleksi bulan Ramadan yang mana penjawat awam diberikan dua pilihan.

“Iaitu opsyen A, kekal seperti waktu bekerja sedia ada ataupun opsyen B, bagi bulan Ramadan yang mana mereka boleh memendekkan waktu rehat selama 30 minit untuk pulang ke rumah 30 minit lebih awal,” katanya pada Sidang Media Pasca Kabinet di sini, pada Jumaat.

Tambah Fahmi, mengenai pelaksanaan kebenaran tersebut, penjawat awam boleh merujuk kepada ketua bahagian masing-masing.

“Untuk penjawat awam mereka boleh rujuk dengan sama ada ketua bahagian mereka ataupun jabatan TKSU ataupun KSU kementerian untuk penjelasan sekiranya mereka belum lagi mengisi borang tersebut.

“Ataupun memaklumkan pilihan mereka jadi insya-Allah sebelum bulan Ramadan bagi penjawat awam yang memilih waktu bekerja fleksi opsyen B, mereka boleh balik 30 minit lebih awal tapi kerja mesti siap,” ujarnya.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok