Mesyuarat NAIO berjaya kumpul 170 pakar dalam pacu, perkasa teknologi AI

PUTRAJAYA – Seramai lebih 170 pakar pelbagai latar belakang dihimpunkan dalam mesyuarat Kumpulan Kerja pertama yang diadakan oleh Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO), hari ini.

Kementerian Digital memaklumkan, mesyuarat berkenaan merupakan usaha kolektif memacu kecerdasan buatan (AI) seiring dengan komitmen kerajaan untuk menjadi peneraju dalam industri tersebut.

Menurutnya, pakar-pakar yang berhimpun menerusi kumpulan tertentu dalam mesyuarat tersebut memainkan peranan masing-masing dalam membentuk strategi AI nasional, Pelan Tindakan AI, rangka kerja peraturan, dan model tadbir urus industri berkenaan.

“Perhimpunan ini menampilkan veteran industri, perunding berpengalaman, penyelidik terkemuka, dan ahli profesional, memastikan pendekatan holistik dan pelbagai aspek terhadap pembangunan AI.

“Platform kolaboratif ini memperjuangkan inklusiviti dan kepakaran, memastikan strategi AI diterjemahkan kepada penyelesaian nyata yang mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam landskap AI global,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Dalam pada itu, kementerian itu menjelaskan, sebanyak tujuh Kumpulan Kerja NAIO menetapkan hala tuju strategik masing-masing dalam menentukan objektif yang jelas mengenai AI.

“Setiap kumpulan dibentuk untuk menangani cabaran dan peluang khusus dalam agenda AI nasional, memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam era dipacu AI,” katanya.

Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.

Beliau menegaskan bahawa pada masa yang sama, umat Islam perlu menyeimbangkan kemajuan teknologi dengan nilai-nilai kemanusiaan, akhlak, dan ihsan, seperti yang ditekankan dalam gagasan Madani.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil