Diskaun sewa tapak antara ciri bazar Ramadan Rahmah

KUANTAN – Peniaga makanan di bazar Ramadan Rahmah bakal menikmati diskaun bagi sewa tapak gerai mereka.

Perkara itu adalah antara ciri bazar Ramadan Rahmah hasil inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di 95 lokasi yang sudah dikenal pasti di seluruh negara.

Timbalan Menteri KPDN, Dr Fuziah Salleh berkata, pendekatan dalam bentuk diskaun sewa tapak itu diambil bagi memastikan lebih ramai peniaga dapat menawarkan Menu Rahmah kepada pelanggan mereka.

“Kalau dulu kita tetapkan 30 peratus gerai menjual Menu Rahmah, mungkin kali ini peniaga boleh menjual pelbagai jenis Menu Rahmah di gerai mereka.

“Jadi, ibu bapa yang membawa anak mereka ke bazar Ramadan tak perlu menjelajah ke semua gerai yang ada untuk berbelanja, cukup di satu gerai sahaja dan pelbagai menu dijual di situ,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu beliau melancarkan program Jualan Rahmah di sebuah pasar raya dekat Indera Mahkota.

Selain diskaun sewa tapak, bazar Ramadan Rahmah tahun ini akan meneruskan program ‘My Save Food’ sebagai kesinambungan program diperkenalkan sejak dua tahun lalu.

“Menerusi program ‘My Save Food’ ini, kita akan kumpulkan makanan yang tidak terjual dan agihkan kepada keluarga memerlukan atau pelajar.

“Lebihan makanan ini bukanlah sisa makanan, tapi makanan yang tidak terjual… contohnya, dalam masa 15 atau 30 minit sebelum berbuka tapi ada banyak lagi makanan tidak dijual oleh peniaga, jadi kita kumpul makanan itu untuk diagihkan kepada pihak tertentu,” jelasnya.

Ditanya mengenai isu campuran beras import dan beras tempatan yang didedahkan media semalam, Fuziah memaklumkan perkara itu bukan di bawah bidang kuasa KPDN.

“Akta Kawalan Padi dan Beras 100 peratus bawah KPKM (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan)… maksudnya kawalan harga pun KPDN tak boleh masuk campur,” tegasnya.

Related Posts

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

SEPANG – Seramai 284 jemaah haji Malaysia memulakan perjalanan ke Tanah Suci awal pagi ini, sekali gus menandakan pembukaan rasmi musim haji 1447H/2026M. Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM