Lawatan PM buah hasil berganda demi kesejahteraan Malaysia Madani

TUDUHAN pembangkang yang cuba memanipulasi angka kos lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM44 juta adalah tidak tepat sama berbanding jumlah sebenarnya ialah RM13.7 juta

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti, Datuk Ismail Yusop berkata, dalam tempoh hasil lawatan tersebut, Perdana Menteri telah membawa potensi pelaburan berjumlah RM431.18 juta dan ianya adalah satu angka yang besar.

“Sebab itu hakikat yang perlu difahami oleh rakyat ialah kos lawatan Anwar jika dibandingkan dengan perdana menteri yang terdahulu jauh lebih rendah jika nak dibandingkan secara purata tahunan dan juga ketimbang pelaburan yang dibawa masuk ke dalam negara sebelum ini pelaburan lebih tertumpu kepada projek-projek negara contohnya 1MDB, ECRL dan yang lain-lain.

“Tetapi dalam era PMX beliau menumpukan kepada pelaburan-pelaburan strategik seperti di sektor teknologi contohnya dengan membawa pelaburan daripada Tesla, Amazon, kecerdasan buatan (AI).

“Kini bukan lagi ditumpu kepada projek mega yang berisiko tinggi, jangan lupa negara-negara jiran kita dalam konteks Asia dan juga Asean seperti Indonesia dan Vietnam mereka juga sangat agresif menarik pelaburan dan kita Malaysia tidak boleh ketinggalan.

Lawatan rasmi itu bertujuan untuk menghadiri mesyuarat berkala dan berjadual yang membabitkan Malaysia sebagai negara anggota dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa.

Ia termasuklah sebagai anggota dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Forum Ekonomi Dunia (WEF) dan Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8).

Mengulas lanjut, Ismail berkata, Anwar tidak membazirkan wang tetapi hasil yang cukup jelas RM353.6 bilion pelaburan 2023 bukan angka kosong tetapi terdapat projek yang sedang berjalan ketika ini seperti Tesla yang telah membuka ibu pejabatnya di Cyberjaya.

“Amazon.com pula melabur dalam pusat data di Malaysia dan ini adalah langkah-langkah yang jelas ke arah ekonomi masa depan ekonomi yang bersifat digital bukan sekadar projek infrastruktur mega dan Malaysia tidak boleh ketinggalan.

“Lawatan Anwar keluar negara adalah satu keperluan bukan semata-mata bersaing dalam ekonomi global tetapi untuk memastikan pembangunan yang lebih mampat dalam konteks Malaysia Madani,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen PN mempersoalkan kos lawatan Perdana Menteri, Anwar dan menteri ke luar negara yang mencecah RM44 juta dalam tempoh setahun.

Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata, kos berkenaan adalah jauh lebih tinggi berbanding jumlah sama dibelanjakan sepanjang tempoh lima tahun ketika era Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

Oleh itu beliau menggesa penjelasan apakah angka ini adalah tepat ataupun sebaliknya.

Related Posts

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

PUTRAJAYA – Inisiatif MADANI Mart menyasarkan pembukaan satu cawangan bagi setiap Dewan Undangan Negeri sebagai sebahagian visi capaian nasional untuk memastikan lebih ramai rakyat memperoleh barangan keperluan pada harga berpatutan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti