Malaysia, Brunei perkukuh kerjasama dalam sistem keadilan jenayah

MIRI – Malaysia dan Brunei Darussalam sedang mengintai peluang untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang sistem keadilan jenayah, terutamanya dalam pengurusan kepenjaraan, rehabilitasi banduan, serta program latihan dan pemulihan.

Inisiatif ini turut melibatkan aspek pelaksanaan sistem parol dan pelepasan banduan secara lesen, yang kini sedang diteroka oleh kerajaan Brunei.

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara Malaysia, Komisioner Penjara Ajidin Salleh, kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang ini telah diteruskan sejak sekian lama dan dijangka berkembang lebih jauh dalam masa mendatang.

Beliau turut menyatakan bahawa Brunei sedang berada di peringkat akhir dalam melaksanakan sistem parol dan pelepasan banduan secara lesen, yang telah berjaya dilaksanakan di Malaysia.

“Sebenarnya, kerjasama ini telah banyak diteruskan dan insya-Allah, dalam masa mendatang kita mungkin akan melihat kerjasama lebih mendalam dalam pelaksanaan sistem parol.Saya percaya Kerajaan Brunei sedang mengkaji dan mungkin akan melaksanakan sistem yang sama. Kerjasama dalam aspek pertukaran kepakaran, pembangunan modal insan, serta penggunaan teknologi moden dalam pemantauan dan pemulihan banduan juga boleh dipertimbangkan bagi mengukuhkan lagi sistem ini,” ujar Ajidin Salleh.

Beliau berkata demikian pada Majlis Serah Terima Pemindahan Antarabangsa Banduan Malaysia-Brunei Darussalam yang diadakan di Kompleks ICQS Sg Tujoh, Miri, pada hari ini.

Majlis tersebut turut menyaksikan pemindahan pertama seorang banduan yang menjalani hukuman di Penjara Pusat Miri sejak 2019, kembali ke negara asalnya, Brunei Darussalam. Pemindahan ini merupakan langkah pertama yang dilaksanakan selepas pemeteraian Perjanjian Pemindahan Antarabangsa Banduan antara Malaysia dan Brunei Darussalam pada tahun 2023.

Langkah pemindahan antarabangsa ini adalah bukti komitmen kedua-dua negara dalam memperkukuh kerjasama dalam sistem keadilan jenayah dan memberi tumpuan kepada pemulihan banduan yang lebih efektif dan sistematik.

Related Posts

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki menjadikan rumah sewa sebagai makmal memproses dan menjual air ketum di Gual Periok terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin. Serbuan kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow