Bursa Malaysia dibuka tinggi awal dagangan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia memulakan dagangan Selasa lebih tinggi walaupun prestasi semalaman Wall Street di Amerika Syarikat (AS) bercampur-campur.

Ini berikutan peniaga di pasaran asing itu lebih berhati-hati menjelang pengumuman pendapatan saham wajaran tinggi teknologi, mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC) dan data tenaga kerja negara maju itu minggu ini.

Pada 9.18 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.25 mata kepada 1,628.81 daripada 1,624.56 di akhir dagangan semalam.

Indeks berkenaan dibuka naik 0.22 mata kepada 1,624.78.

Bagaimanapun di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 248 berbanding 222 dengan 355 kaunter tidak berubah, 1,660 tidak diniagakan dan 89 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 398.28 juta unit bernilai RM166.31 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata, peniaga akan terus mengikuti rapat mesyuarat FOMC selama dua hari yang akan menentukan arah kadar faedah pada masa hadapan.

Setakat pagi tadi, ramai pihak masih berpegang kepada jangkaan AS menurunkan kadar faedah pada September 2024.

“Susulan sentimen bercampur-campur di AS, kami percaya minat belian akan turut lebih perlahan di peringkat tempatan.

“Bagaimanapun, aktiviti perdagangan mungkin terarah kepada pusat data selain hartanah, pembinaan dan bahan binaan serta saham berkaitan Sarawak yang kami dapati wujud momentum kukuh dalam segmen berkaitan,” katanya.

Pada masa sama, harga minyak mentah susut apabila peniaga melepaskan kedudukan mereka susulan jangkaan penurunan permintaan terutama dari China dalam senario ekonomi China yang lemah selepas minyak mentah Brent yang juga penanda aras global susut kepada AS$79.78 setong.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 4.0 sen kepada RM10.24, Public Bank susut 1.0 sen kepada RM4.23, Tenaga Nasional menokok 12.0 sen kepada RM14.22, CIMB Group naik 3.0 sen kepada RM7.27, manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.27.

Saham aktif menyaksikan Ekovest dan Techbond Group masing-masing naik 1.0 sen kepada 45.5 sen dan 54.5 sen, Kumpulan PCCS naik 6.0 sen kepada 51 sen manakala Velocity Capital Partner dan Ingenieur Gudang mendatar pada 8.0 sen dan 5.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas meningkat 19.31 mata kepada 12,565.86, Indeks FBMT 100 menokok 19.04 mata kepada 12,153.58, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 24.70 mata kepada 12,851.88, namun Indeks FBM 70 turun 17.19 mata kepada 18,630.08 dan Indeks FBM ACE susut 9.47 mata kepada 5,769.53.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik sebanyak 27.76 mata kepada 18,115.63, Indeks Pembinaan meningkat 0.65 mata kepada 307.30 dan Indeks Perladangan menambah 37.0 mata kepada 7,213.43.

Bagaimanapun, Indeks Penjagaan Kesihatan turun 9.61 mata kepada 2,121.77.

Related Posts

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

PRESTASI Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang diunjurkan berkembang sekitar 5.3 peratus bagi suku pertama 2026 menunjukkan ekonomi negara masih berada pada landasan yang memberangsangkan. Pengarah Program MBA Putra…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan bekalan plastik dalam negara kekal stabil meskipun berdepan gangguan pengeluaran minyak dan gas global serta ketidaktentuan di Selat Hormuz. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’