ECRL, LTU pacu perkembangan ekonomi Pahang

KUANTAN – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang dalam proses pembinaan bakal menjadi pemangkin pembangunan ekonomi di Pahang apabila ia siap sepenuhnya pada penghujung 2026.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan ECRL telah mencapai tahap 67.98 peratus manakala LTU pula sekitar 63.35 peratus.

“Pembinaan kedua-dua laluan ini mampu memacu aktiviti komersial, menarik pelaburan, meningkatkan peluang pekerjaan dan merangsang aktiviti pelancongan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membaca ikrar taat setia mewakili wakil rakyat, pegawai kerajaan badan berkanun dan rakyat negeri Pahang sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-65 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Balai Mahkota Istana Abdulaziz, hari ini.

Wan Rosdy memaklumkan, segala perancangan pembangunan di Pahang seperti sektor ekonomi, infrastruktur, pelancongan, pendidikan, pertanian dan juga sosial berjalan dengan baik serta lancar.

“Pada tahun 2023, kerajaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku berjaya mencatat negeri kedua daripada empat negeri terbaik prestasi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahap 5.2 peratus, mengatasi KDNK nasional iaitu 3.6 peratus.

“Perkembangan ekonomi negeri ini dipacu oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan seperti perdagangan borong serta runcit, makanan dan minuman, penginapan, produk petroleum, kimia, getah dan plastik,” katanya.

Related Posts

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi. Mangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

BUTTERWORTH – Seorang pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000