SRBJ mulakan beroperasi pembelajaran hari pertama

JOHOR BAHRU – Hari pertama sesi persekolahan di Johor bagi tahun 2025 pada hari ini turut menyaksikan empat buah Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) memulakan operasinya.

Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, sekolah rintis yang julung kali ditubuhkan di negeri ini bakal menjadi penanda aras kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menilai keberhasilan melibatkan seramai 2,574 murid dan 212 warga pendidik dalam inisiatif pendidikan terbaharu.

Menurut beliau, dalam memastikan visi dan misi SRBJ dapat dicapai, pihaknya akan melakukan pemantau bagi menilai keberkasanan penubuhan sekolah rintis itu pada setiap enam bulan.

“Pelaksanaan SRBJ ini akan dijalankan secara berfasa tanpa menjejaskan silibus pendidikan dan kokurikulum sedia ada. Bagi pelaksanaan fasa awal ini, murid-murid akan diperkenalkan dengan konsep serta indikator SRBJ, manakala sesi libat urus bersama ibu bapa dan warga pendidik akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi memperkukuh pemahaman serta mendapat kerjasama daripada semua pihak.

“Sebagai langkah memastikan keberkesanan program ini, infrastruktur pendidikan termasuk bilik makmal dan peralatan pembelajaran akan disediakan mengikut kesesuaian mata pelajaran seperti subjek Bahasa Inggeris dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM),” katanya.

Beliau berkata dalam hantaran di Facebooknya ketika meninjau hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kota Putri 4, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kira-kira 90 guru akan dihantar ke Institut Pendidikan Negara (NIE) di Singapura bagi mengikuti latihan dan bengkel mengikut keperluan masing-masing pada April ini.
Menurutnya, guru yang terlibat akan menjalani latihan di Singapura selama empat hari.

“Kita hantar secara berperingkat dan selepas raya ini lebih kurang 90 guru akan ke NIE. Kita tetapkan jumlah yang berbeza sebab ada yang dari sekolah menengah dan sekolah rendah.

“Jumlah bagi satu kumpulan juga tidak ramai kerana bimbang tidak memberikan kesan yang mendalam kepada guru (ketika sesi latihan),” jelasnya.

SRBJ bakal menyaksikan semua pelajar terlibat wajib melengkapkan sekurang-kurangnya 112 jam kelas dalam mata pelajaran STEM setiap tahun, berbanding sekurang-kurangnya 64 jam di sekolah lain.

Related Posts

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, akan diperkukuhkan dengan penglibatan komuniti Orang Asli bagi membantu usaha mengesan mangsa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

KANGAR – Polis memulakan siasatan awal berhubung video tular yang memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dipercayai menembak seekor lembu ketika program korban di Kuala Perlis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya