Rai kepelbagaian budaya, kukuh perpaduan – Liew

KALABAKAN – Sambutan Tahun Baru Cina 2025 bersama Anak Merotai anjuran Parti Harapan Rakyat Sabah (HARAPAN RAKYAT) di Merotai dilihat menjadi simbol kepada meraikan kepelbagaian budaya yang sekali gus memperkukuh perpaduan.

Presidennya, Tan Sri Datuk Liew Yun Fah berkata, walaupun Sambutan Tahun Baru Cina sinonim dirai masyarakat Tiong Hua, buat julung kali ia dirai secara besar-besaran di luar bandar.

“Ini merupakan acara tahunan yang tahun lepas penganjurannya dibuat di Dewan Datuk Lau Gek Poh yang terletak di kawasan pusat bandar Tawau.

“Walaupun jumlah penduduk Tiong Hua di Merotai tidak seramai di kawasan bandar, HARAPAN RAKYAT mengambil pendekatan mahu meraikan kepelbagaian budaya yang ada dalam masyarakat kita.

“Melalui program sebegini dilihat mampu memupuk semangat kekitaan selain dapat membolehkan kita lebih saling mengenali persilangan budaya dan adat yang terdapat dalam masyarakat Malaysia amnya, dan Sabah khususnya,” katanya dalam Program Sambutan Tahun Baru Cina 2025 bersama Anak Merotai di Dewan Dato Sri Najib Merotai di sini pada Ahad.

Lebih 5,000 penduduk pelbagai peringkat umur dan kaum hadir pada majlis yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui; Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal, ADUN Sebatik Datuk Hassan A Gani Pg Amir dan ADUN Balung, Datuk Hamild Awang.

Majlis itu menampilkan pelbagai acara menarik antaranya persembahan tarian tradisional dari pelbagai kaum, tarian singa dan naga, pertunjukan bunga api serta cabutan bertuah.

Related Posts

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Malaysia melangkah satu tapak lagi ke hadapan menerusi peluncuran rasmi AI Malaysia, lonjakan penting ke arah aspirasi Negara AI menjelang 2030. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Selama ini kita silap tentang Anwar’ – Anetha

RAMAI sebelum ini menganggap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melakukan perubahan yang mencukupi, sedangkan Perdana Menteri berdepan pelbagai cabaran termasuk sokongan politik yang tidak kukuh, kerajaan gabungan serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

  • By Aden
  • July 28, 2026
Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an