Anwar terima kunjungan Menteri Luar Cuba

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba, Bruno Eduardo Rodriguez Parrilla bagi membincangkan kerjasama yang boleh dimaksimumkan untuk manfaat kedua-dua negara.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, pertemuan itu juga bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Cuba yang terjalin sejak 6 Februari 1975.

“Kami sempat berbicara dan bertukar pandangan mengenai sinergi kerjasama dalam industri halal, kesihatan, pelaburan dan perdagangan, ASEAN, BRICS serta situasi di Gaza.

“Dalam pertemuan itu, saya menitipkan jemputan kepada Presiden Cuba Miguel Díaz-Canel untuk berkunjung ke negara ini bagi merapatkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin selama ini,” katanya.

Parrilla berada di Malaysia untuk lawatan rasmi selama empat hari bermula Rabu hingga Sabtu.

Ia adalah lawatan pertama beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan itu pada 2 Mac 2009.

Related Posts

Jadikan Indonesia rujukan perkasa sistem pendidikan kebangsaan melalui bahasa rasmi negara

KUALA LUMPUR – Pas mencadangkan agar Malaysia mencontohi pendekatan seperti di Indonesia yang mewajibkan penggunaan bahasa rasmi negara dalam semua urusan, termasuk sistem pendidikan kebangsaaan tanpa mengira bangsa. Pengerusi Lajnah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR tentukan jika perlu buat PRK Pandan, Setiawangsa

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul mengesahkan menerima notis daripada Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung peletakan jawatan sebagai Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi