Pertandingan futsal tarik minat anak muda bersukan, kurangkan pengaruh negatif media sosial

KEMAMAN – Pengaruh media sosial yang semakin kuat terutama dalam kalangan anak muda dan remaja pada masa kini boleh membawa kepada kesan yang negatif jika tidak dikawal dengan baik.

Justeru, melihat kepada peningkatan trend pengaruh media sosial yang tidak sihat ini mendorong pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Rumah Murah Bukit Kuang untuk menganjurkan Kejohanan Futsal Santai Tertutup di padang futsal peringkat Rumah Murah Bukit Kuang, di sini pada Jumaat.

Pengerusi JPKKP Rumah Murah Bukit Kuang, Kamaruzaman Awang berkata, penganjuran pertandingan futsal ini adalah untuk menarik golongan muda untuk terlibat dalam aktiviti yang menyihatkan di samping mengurangkan pengaruh media sosial dan penggunaan internet secara tidak sihat.


“Aktiviti ini juga adalah untuk mengeratkan hubungan sesama warga penduduk sekitar kawasan Rumah Murah Bukit Kuang, ini kerana pertandingan seperti ini sudah lama tidak diadakan kerana fasiliti sukan tidak dapat dimanfaatkan kerana tidak ditadbir dengan baik,” katanya.

Justeru, beliau memohon pihak berwajib terutama pihak Kementerian Belia dan Sukan melihat semula pentadbiran dan pengurusan aktiviti sukan terutama di negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak pembangkang.

Ini kerana menurut beliau, sejak kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pas, fasiliti sukan tidak diselenggara dengan baik ditambah dengan pentadbiran yang lemah mengakibatkan penganjuran aktiviti sukan di peringkat kampung dan komuniti tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sambutan kepada program ini juga amat menggalakkan dengan penyertaan lebih 10 pasukan terdiri daripada pelajar sekolah menengah.

Seorang peserta, Umar Qayyum, 17, berkata, dia gembira dan juga teruja dengan penganjuran program ini serta berharap agar lebih banyak program-program sukan seperti dapat dianjurkan.

Kerajaan Madani di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat menitikberatkan pembangunan modal insan golongan muda dan penganjuran program ini khususnya oleh pihak JPKKP membuktikan kerajaan sentiasa komited untuk melahirkan modal insan yang seimbang selaras dengan gagasan Malaysia Madani.

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan