Idea penjawat awam diperlukan, hadapi cabaran masa kurang menentu – Abang Johari

KUCHING – Idea daripada penjawat awam Sarawak sangat diperlukan dalam usaha memperkasa kejayaan yang dikecapi oleh Sarawak hari ini.

Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kejayaan Sarawak hari ini adalah kerjasama penjawat awam yang bergerak dalam satu pasukan dalam usaha yang diiniasiatif oleh kerajaan.

“Kejayaan Sarawak hari ini merupakan sokongan kuat daripada penjawat awam di belakang kami,” ujar beliau.

Tambah beliau, idea yang strategik sangat diperlukan dalam meningkatkan apa-apa kita nikmati hari ini.

“Sudah tentu kita mahu mencapai apa-apa yang kita citakan terutama menjelang tahun 2030,” kata beliau ketika berucap dalam Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Jabatan Premier Sarawak yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu.  

Sementara itu, Abang Johari menegaskan penjawat awam perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi ketidaktentuan pada masa hadapan.

“Kita perlu cepat bertindak dengan pantas dan sentiasa berusaha mengatasi masalah yang dihadapi,” ujar beliau lagi. 

Related Posts

HBH disambut baik, uji kecekapan perkhidmatan awam

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) sebagai norma baharu dalam Perkhidmatan Awam mulai 1 Ogos depan disambut baik oleh orang awam yang melihat langkah itu mampu meningkatkan fleksibiliti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Alpha Gen Talents platform cungkil bakat, perkasa pendidikan awal kanak-kanak

LIMBANG – Program Alpha Gen Talents @ KEMAS 2026 Peringkat Parlimen Limbang menjadi platform penting bagi mencungkil bakat dan membina keyakinan diri kanak-kanak menerusi pembangunan holistik. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

HBH disambut baik, uji kecekapan perkhidmatan awam

HBH disambut baik, uji kecekapan perkhidmatan awam

Alpha Gen Talents platform cungkil bakat, perkasa pendidikan awal kanak-kanak

Alpha Gen Talents platform cungkil bakat, perkasa pendidikan awal kanak-kanak

Sabah perhebat persiapan Tahun Melawat 2027, sasar peningkatan pelancong global

Sabah perhebat persiapan Tahun Melawat 2027, sasar peningkatan  pelancong global

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir