PRU16 awal: Gimik politik Muhyiddin terdesak elak PN berpecah belah

TANPA angin ribut taufan melanda, secara tiba-tiba Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kenyataan mengejut kononnya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan diadakan dalam masa terdekat.

Secara sinis, kenyataan Muhyiddin itu boleh dianggap seperti angin lalu kerana beliau bukanlah Perdana Menteri yang mempunyai hak mencadangkan pembubaran Parlimen sekali gus memberi laluan PRU16 diadakan.

Pemerhati politik tanahair, Mohd Sayuti Omar berkata, Muhyiddin selaku Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berada dalam situasi terdesak ketika ini bagi meredakan drama perebutan takhta dalam gabungan itu yang melibatkan Bersatu dan Pas.

“Ekoran itu ramai memberi reaksi dan ada yang sudah mula tidak nyenyak tidur.

“Bacaan politik saya, Bersatu buat kenyataan itu kerana ia kini sudah terdesak kerana hubungannya dengan Pas sudah renggang. Perubahan yang berlaku dalam Pas cukup membimbangkan mereka,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mohd Sayuti menjelaskan, Muhyiddin yang berpengalaman dalam percaturan politik negara tentunya telah menghidu keretakan hubungan Bersatu dan Pas yang akan membawa kehancuran kepada PN.

“Jadi parti itu terpaksa buat gimik bagi mengeratkan semula hubungan politik mereka menerusi PN. Bersatu berharap kerenggangan itu tidak sampai retak, pecah dan mereka bercerai.

“Sebenar gelora angin tengkujuh dalam Pas sudah dihidu oleh Bersatu dan ia sangat membimbangkan tentang masa depannya. Keparahan hubungan Bersatu dengan Pas persis pengidap kanser yang hanya dibatasi tempoh saja untuk berakhir,” katanya.

Hubungan Bersatu dan Pas mula goyah apabila barisan kepimpinan tertinggi PN meminggirkan pemimpin Pas, kecuali jawatan bendahari semua jawatan tertinggi PN semuanya dibolot pemimpin daripada Bersatu.

Malah, Pas yang memiliki kerusi Parlimen lebih banyak daripada Bersatu turut dinafikan jawatan penting seperti Setiausaha Agung dan Ketua Penerangan PN oleh Muhyiddin.

Muhyiddin telah memberikan jawatan Setiausaha Agung PN kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, manakala Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggalas jawatan Ketua Penerangan PN.

Meskipun Pas tidak menzahirkan amarahnya, namun ia dapat dilihat menerusi kenyataan tegas Mursyidul Am, Hashim Jasin bahawa parti itu lebih layak memimpin PN berbanding Bersatu.

Menurutnya, Pas layak memimpin kerana wakilnya paling ramai di Dewan Rakyat dalam PN dan mempunyai jentera akar umbi kuat di seluruh negara.

Kenyataan Hashim itu telah menyanggah hujah Ahmad Faizal yang sebelum itu mengesyorkan Muhyiddin sebagai calon tunggal terbaik daripada PN untuk diangkat menjadi Perdana Menteri.

Kemuncaknya, Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar melepaskan jawatan Bendahari PN dengan memberi alasan tindakannya itu bagi mengukuhkan lagi gabungan itu.

Related Posts

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PUTERI WANGSA – Keputusan Barisan Nasional (BN) Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal daripada tempoh sepatutnya disifatkan sebagai langkah politik yang tersilap dan tidak berpaksikan kepentingan rakyat. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju membenarkan penggunaan sehingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menyokong pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai