PKR Tawau bantu daftar, kemas kini maklumat bagi pemilihan PKR 2025

TAWAU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tawau kini dalam usaha membantu ahli parti mengemas kini maklumat keanggotaan dan Pendaftaran Undi Online bagi pemilihan 2025. 

Ketua Cabang PKR Tawau, Fung Thin Yein berkata, pendaftaran itu penting bagi memudahkan ahli parti mengundi secara atas talian pada tarikh yang telah ditetapkan. 

“Tidak lama lagi, Keadilan akan adakan pemilihan, oleh itu kita bantu ahli parti kita untuk mendaftar selain turut membantu mereka mengemas kini maklumat keanggotaan. 

“Ini bagi memudahkan kita mengetahui maklumat terbaharu ahli kita seperti tempat tinggal dan nombor telefon mereka sekiranya telah berubah,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press di sini pada Sabtu. 

Menurut Fung, bantuan itu dibuat menerusi program Kempen Gerak Prihatin Keadilan yang dilaksanakan sepanjang dua hari bermula Jumaat di Batu 4, Jalan Apas Tawau. 

Dalam pada itu, Fung turut menyantuni ahli parti yang hadir dengan memberi sumbangan berupa beras. 

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh dalam kenyataan berkata,

PKR memutuskan pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti berkenaan diadakan pada 24 Mei ini.

Sementara pemilihan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April.

Bagi pencalonan jawatan-jawatan Ahli Jawatankuasa Cabang, Wanita Cabang dan AMK Cabang ditetapkan pada 14 hingga 16 Mac, manakala pencalonan jawatan-jawatan MPP, MPWP dan AMK Pusat pula pada 3 hingga 4 Mei.

Related Posts

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

AYER KEROH – Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil tidak mengetahui mengenai dakwaan Pakatan Harapan (PH) sedang mengadakan perbincangan untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

AYER KEROH – PKR  kekal memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh gerak kerja jentera dan memperbaiki parti, tanpa terheret dengan perkembangan membabitkan parti komponen Pakatan Harapan (PH). Ketua Penerangan PKR, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP