Simpan tepung gandum lebih had, kilang biskut dikenakan tindakan

IPOH – Sebuah kilang memproses pelbagai jenis biskut, dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak kerana menyimpan tepung gandum melebihi jumlah ditetapkan di Gunung Rapat, di sini pada Rabu.

Pengarah KPDN Negeri Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pihaknya menyita lebih lima tan tepung gandum dengan anggaran berjumlah RM16,181.

Ujarnya, tindakan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota KPDN Perak yang melakukan pemeriksaan barang kawalan iaitu tepung gandum kerana disyaki disimpan melebihi had ditetapkan di dalam lesen.

“Operasi yang dijalankan pada jam 10.30 pagi itu, didapati kilang biskut itu menyimpan 235 beg atau bersamaan 5,875 kilogram (kg) tepung gandum di dalam stor.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati kilang memiliki permit menyimpan barang kawalan berjadual iaitu tepung gandum dengan had kuantiti simpanan dibenarkan sebanyak 5,000kg,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, KPDN telah bertindak dengan menyita kesemua tepung gandum tersebut.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki melakukan kesalahan gagal mematuhi arahan yang diberikan di bawah permit dikeluarkan iaitu menyimpan barang kawalan berjadual tepung gandum melebihi had simpanan ditetapkan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Kamalludin juga menegaskan bahawa KPDN sentiasa memberi amaran keras kepada mana-mana pihak berkenaan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

Ujarnya, KPDN juga akan terus melaksanakan aktiviti penguatkuasaan melalui inisiatif Kita Gempur sebagai langkah strategik kerajaan untuk membina gerakan massa dalam menangani isu manipulasi aktiviti perniagaan.

Ianya termasuk usaha mencegah penyelewengan barang kawalan, mengekang penipuan perniagaan dalam talian (e-dagang), membanteras monopoli dan kewujudan kartel.

Related Posts

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memelihara khazanah turath sebagai warisan yang menghubungkan generasi hari ini dengan tradisi keilmuan Islam yang panjang. Beliau berkata, tradisi keilmuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Kerajaan Perpaduan menyelesaikan agenda reformasi institusi yang masih tertangguh sebelum mempertimbangkan pembubaran awal Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah