Malaysia kekal pendirian Negara Palestin berdaulat, tolak pengusiran paksa

PUTRAJAYA – Malaysia berpendirian tegas menolak sebarang cadangan yang membawa kepada pemindahan dan pengusiran paksa rakyat Palestin dari tanah air sendiri serta kekal berpirinsip dengan penubuhan sebuah Negara Palestin yang berdaulat dan merdeka.

Wisma Putra menerusi satu kenyataan pada Khamis berkata, tindakan tidak berperikemanusiaan yang melibatkan pembersihan etnik, jelas melanggar prinsip undang-undang antarabangsa serta resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Sebarang usaha untuk mengenakan penyelesaian secara sebelah pihak dan paksa yang menafikan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib mereka sendiri serta mencabuli kebebasan mereka adalah tidak boleh diterima, tidak dapat dipertahankan, dan hanya akan memperburuk salah satu konflik paling berpanjangan di rantau ini.

“Malaysia kekal teguh dalam solidaritinya bersama rakyat Palestin. Satu-satunya jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi mencapai keamanan dan kestabilan di Timur Tengah adalah melalui penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” katanya.

Jelasnya, Malaysia juga menyeru semua negara yang belum menyatakan sokongan terhadap penyelesaian dua negara supaya segera mengiktiraf Negara Palestin dan menyokong keanggotaan penuhnya dalam PBB seperti yang terkandung dalam Resolusi Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam 2024 yang diterima pakai pada 11 November 2024.

“Pendekatan tersebut kekal sebagai pendirian prinsip Malaysia dan sejajar dengan sokongan jangka panjang masyarakat antarabangsa terhadap penyelesaian dua negara.

“Masyarakat antarabangsa mesti bersatu dalam menyeru penyelesaian yang adil dan berkekalan yang dihormati serta diterima oleh rakyat Palestin.

“Ini merupakan langkah penting pertama ke arah memastikan keselamatan dan keamanan jangka panjang bagi rakyat Palestin serta kestabilan rantau Timur Tengah,” katanya.

Tambah kenyataan itu, Malaysia juga menegaskan sokongannya terhadap usaha diplomatik dan multilateralisme.

“Ia termasuk inisiatif yang sedang digerakkan oleh Global Alliance dan The Hague Group, dalam memastikan keamanan berkekalan melalui penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat,” katanya.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16