Malaysia kekal pendirian Negara Palestin berdaulat, tolak pengusiran paksa

PUTRAJAYA – Malaysia berpendirian tegas menolak sebarang cadangan yang membawa kepada pemindahan dan pengusiran paksa rakyat Palestin dari tanah air sendiri serta kekal berpirinsip dengan penubuhan sebuah Negara Palestin yang berdaulat dan merdeka.

Wisma Putra menerusi satu kenyataan pada Khamis berkata, tindakan tidak berperikemanusiaan yang melibatkan pembersihan etnik, jelas melanggar prinsip undang-undang antarabangsa serta resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Sebarang usaha untuk mengenakan penyelesaian secara sebelah pihak dan paksa yang menafikan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib mereka sendiri serta mencabuli kebebasan mereka adalah tidak boleh diterima, tidak dapat dipertahankan, dan hanya akan memperburuk salah satu konflik paling berpanjangan di rantau ini.

“Malaysia kekal teguh dalam solidaritinya bersama rakyat Palestin. Satu-satunya jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi mencapai keamanan dan kestabilan di Timur Tengah adalah melalui penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” katanya.

Jelasnya, Malaysia juga menyeru semua negara yang belum menyatakan sokongan terhadap penyelesaian dua negara supaya segera mengiktiraf Negara Palestin dan menyokong keanggotaan penuhnya dalam PBB seperti yang terkandung dalam Resolusi Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam 2024 yang diterima pakai pada 11 November 2024.

“Pendekatan tersebut kekal sebagai pendirian prinsip Malaysia dan sejajar dengan sokongan jangka panjang masyarakat antarabangsa terhadap penyelesaian dua negara.

“Masyarakat antarabangsa mesti bersatu dalam menyeru penyelesaian yang adil dan berkekalan yang dihormati serta diterima oleh rakyat Palestin.

“Ini merupakan langkah penting pertama ke arah memastikan keselamatan dan keamanan jangka panjang bagi rakyat Palestin serta kestabilan rantau Timur Tengah,” katanya.

Tambah kenyataan itu, Malaysia juga menegaskan sokongannya terhadap usaha diplomatik dan multilateralisme.

“Ia termasuk inisiatif yang sedang digerakkan oleh Global Alliance dan The Hague Group, dalam memastikan keamanan berkekalan melalui penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat,” katanya.

Related Posts

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi mendedahkan platform Facebook ketika ini digambarkan gagal memberikan kerjasama untuk usaha membanteras kandungan penipuan dan judi dalam talian yang semakin membimbangkan di Malaysia. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi akan menyediakan satu nota khas kepada Jemaah Menteri bagi membentangkan hasil resolusi daripada Pemukiman Membanteras Penipuan Dalam Talian, Jun ini. Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan