Tidak tepat samakan usaha Malaysia bantu Gaza seolah abai rakyat sendiri

PUTRAJAYA – Tidak tepat untuk menyamakan usaha Malaysia dalam membangunkan semula Gaza termasuk pembinaan Projek Wakaf Malaysia, sekolah, hospital dan masjid di Gaza,Palestin dengan peribahasa ‘anak kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah kebuluran’.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus menegaskan bahawa Malaysia sentiasa meletakkan kebajikan rakyatnya terpelihara tanpa mengira latar belakang dan perbezaan mereka. 

Hasanuddin berkata, sokongan Malaysia terhadap Palestin bukan sekadar manifestasi solidariti kemanusiaan, tetapi juga cerminan tanggungjawab moral dan integriti sebagai negara yang dihormati di peringkat antarabangsa. 

“Malaysia berpegang kepada prinsip keadilan sejagat tanpa mengabaikan keperluan rakyatnya, seiring dengan usaha memperkukuh kestabilan ekonomi dan kemakmuran negara. Kerajaan Madani telah terbukti konsisten melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjaga menerusi inisiatif seperti subsidi bersasar, inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kenaikan gaji minimum, Jualan Rahmah Madani dan pelbagai lagi.

“Tidak terkecuali ialah pelaburan dalam sektor pendidikan, kesihatan, dan pembangunan infrastruktur juga terus dipertingkatkan untuk memastikan kesejahteraan jangka panjang. Kesemua ini dilakukan tanpa mengabaikan tanggungjawab negara kepada saudara seagama di Palestin.

“Justeru, saya percaya usaha berterusan itu bukan sahaja memperkukuh kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia, malah membuka peluang pelaburan dan pelancongan, sekali gus meningkatkan daya tarikan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

YADIM turut menegaskan bahawa memastikan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan dunia adalah tanggungjawab bersama masyarakat antarabangsa, justeru memberi sokongan penuh terhadap komitmen Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha membangunkan semula infrastruktur penting di Gaza, termasuk masjid, sekolah dan hospital.

“Malaysia terus mendapat kepercayaan daripada pelbagai negara, baik di Barat, negara-negara Arab mahupun di rantau Asia, atas ketegasan serta keberaniannya dalam memperjuangkan keamanan sejagat. Dalam konteks konflik di Palestin. Malaysia menunjukkan ketegasannya sebagai pemimpin dalam usaha global untuk perdamaian dan penyelesaian kemanusiaan.

“Sehubungan dengan gencatan senjata di Palestin, khususnya di Gaza, seluruh rakyat Malaysia memikul tanggungjawab bersama dalam memastikan bantuan yang sewajarnya disalurkan bagi memulihkan hak-hak rakyat Palestin serta meringankan penderitaan mereka.

“Dalam hal ini, kerajaan dan rakyat Malaysia terus memainkan peranan penting bagi mempertahankan keadilan serta hak asasi manusia dan ia sejajar dengan prinsip kemanusiaan sejagat yang menekankan hak setiap individu untuk hidup bebas dari diskriminasi,” ujarnya.

Jelasnya, komitmen Malaysia dalam isu itu semakin diperkuat dengan gabungan kebijaksanaan kepemimpinan Perdana Menteri bersama kedua-dua timbalannya yang lantang bersuara menyatakan solidariti dan tanggungjawab terhadap saudara kita di Palestin.

“YADIM juga yakin bahawa inisiatif bantuan ini tidak bergantung sepenuhnya kepada perbelanjaan kerajaan. Dengan kepimpinan bijaksana dan diplomasi yang mantap, Perdana Menteri telah mengukuhkan hubungan strategik dengan kuasa ekonomi besar seperti China dan Jepun, yang turut komited dalam pembangunan semula Palestin. 

“Malaysia, sebagai negara yang dihormati di peringkat antarabangsa, mengoptimumkan sumber sedia ada bagi memastikan bantuan disalurkan secara efektif dan berkesan demi kesejahteraan rakyat Palestin,” tambahnya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok