NGO berpengalaman operasi di Palestin digesa bantu kerajaan bina semula Gaza – Mohd Na’im

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpengalaman dalam beroperasi di Palestin untuk terbabit dalam Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi bagi membantu usaha membangunkan semula Gaza.

Beliau berkata, pembabitan semua pihak dalam jawatankuasa itu adalah mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.

“Kita sama-sama doakan agar hasrat yang disebut oleh Perdana Menteri supaya Malaysia memainkan peranan khususnya dalam konteks bersama-sama dengan kerajaan Jepun untuk membantu sahabat kita yang ditindas dan dizalimi oleh rejim zionis Israel berjaya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Zikir Akbar MADANI sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 pada Jumaat.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Mohd Na’im berkata, jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat pertama pada 6 Februari ini dengan gerak kerja akan dikelola oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

Dalam perkembangan sama, Mohd Na’im berkata, semua pihak termasuk pemimpin perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berhubung soal agama supaya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.

Jelasnya, semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

“Sensitiviti agama itu saya ingat kita perlu selalu tekankan sebab kita tidak mahu ada kenyataan yang boleh menyebabkan salah faham.

“Nasihat saya adalah supaya kita sentiasa berhati-hati dalam setiap kenyataan yang kita keluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas peringatan yang dikeluarkan Majlis Ulama UMNO kepada barisan menteri, terutama yang bukan Islam, agar mereka lebih berhati-hati dalam memberikan ulasan berkaitan perkara yang berkaitan Islam dan umat Islam, lapor Bernama.

Related Posts

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

MUAR – Pengundi khususnya anak muda yang berada di luar negeri termasuk di Singapura, digesa pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 11 Julai ini. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

MUAR – Pengundi diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan taktik sabotaj digital berikutan terdapat cubaan mewujudkan akaun palsu menggunakan wajah calon untuk menyebarkan fitnah sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

Fahmi pelawa Onn Hafiz, Maszlee dialog di RTM

Fahmi pelawa Onn Hafiz, Maszlee dialog di RTM

Pelaburan JS-SEZ hampir RM77 bilion bukti keyakinan pelabur kekal tinggi

Pelaburan JS-SEZ hampir RM77 bilion bukti keyakinan pelabur kekal tinggi

Malaysia bantah dwistandard Barat dalam pematuhan undang-undang antarabangsa

Malaysia bantah dwistandard Barat dalam pematuhan undang-undang antarabangsa

Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara

Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara