Usaha bantu Palestin sudah giat sejak pemimpin terdahulu – Mohd Puad

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas kenyataan Tan Sri Rafidah Aziz yang kurang bersetuju mengenai usaha Malaysia membina semula Gaza.

Mohd Puad berpendapat Rafidah sewajarnya cakna mengenai usaha negara membantu rakyat Palestin telah sekian lama dilaksanakan semasa beliau masih memegang jawatan menteri lagi.

“Apakah media salah lapor terhadap pendirian Rafidah Aziz mengenai usaha kerajaan Malaysia membantu membangunkan semula Gaza? Kalau benar, ia tidak wajar dan melampau.

“Ini bukan soal kera di hutan disusui, anak dikendong mati kelaparan. Usaha Malaysia ini bukan baru. Ia sudah berjalan sejak zaman Tun M dan Pak Lah. Rafidah tahu kerana dia menteri ketika itu.

“Apakah masa itu apabila kita bantu Palestin maka pembangunan dalam negara dianaktirikan? Lapan dekad Palestin dizalimi. Sekolah, hospital dan masjid dibangun dan diruntuh berulang kali oleh rejim zionis. Maka apakah kali ini kita akan kata, lantak kamulah Palestin!,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Rafidah sebelum ini yang mahu pemimpin Malaysia memberi keutamaan kepada keperluan rakyat sebelum memulakan rancangan untuk membangunkan semula Gaza yang musnah akibat serangan rejim Zionis.

Kata Rafidah, perkara berkenaan adalah satu perkara yang wajar dipuji, namun beberapa perkara dalam negara terlebih dahulu perlu diselesaikan.

Mohd Puad berkata, tindakan yang dilakukan oleh Malaysia ini adalah berasaskan prinsip kemanusiaan sejagat dalam memberikan bantuan kepada negara yang memerlukan.

“Apabila Aceh dibadai tsunami semua negara kecil-besar, miskin-kaya termasuk Malaysia datang memberi bantuan. Itu namanya kemanusiaan. Kerajaan boleh sahaja minta korporat dan NGO turut bekerjasama.

“Rafidah kata nak membangunkan Gaza bagaimana? Status tanah pun masih ada pertikaian. Kenapa naif? Tidakkah bumi Palestin diceroboh dan dirampas oleh Zionis Israel?,” ujarnya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok