Kerajaan negeri, KKR Sabah digesa ambil serius, selesai isu jalan raya berlubang

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri dan Kementerian Kerja Raya Sabah digesa mengambil serius dan menyelesaikan isu kerosakan jalan khususnya jalan raya berlubang di laluan utama Kota Marudu hingga ke Kota Kinabalu.

Demikian gesaan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Zaidi Jatil apabila isu yang berlarutan sejak sekian lama itu sehingga kini masih tiada penyelesaian tuntas.

Beliau berkata, jalan raya utama itu merupakan laluan bagi penduduk, kenderaan kecil termasuk kenderaan berat seperti lori yang turut membawa muatan melebihi had sehingga menyebabkan jalan rosak.

“Kami banyak menerima aduan daripada pengguna yang melalui jalan utama itu, malah saya sendiri juga yang melalui jalan raya itu hampir kemalangan disebabkan keadaan jalan yang teruk dan berlubang.

“Sekiranya mereka kata banjir, macam di Manggaris 1 bukan kawasan banjir, banyak jalannya berlubang tapi kenapa Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak selesaikan masalah jalan raya itu?

“Semalam saya terima maklumat lagi terdapat kemalangan sebuah motosikal yang berlaku sebab terlanggar lubang dan masuk gaung, tapi tak pasti apa keadaan mangsa,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Menurut Zaidi, jalan raya itu acap kali diturap bagaimanapun sebulan dua dilihat telah rosak dan dapat diibaratkan sepanjang 91 Kilometer laluan Kota Marudu ke Kota Kinabalu itu terdapat lebih ratusan lubang yang merisikokan pengguna jalan raya.

Dalam pada itu, beliau juga menyarankan agar Kerajaan Negeri dan JKR tegas terhadap konsesi jalan raya yang dilantik bagi memastikan keadaan jalan raya selamat dan selesa untuk rakyat.

“Kerajaan perlu buka siasatan kalaulah pihak konsesi tidak ikut spesifikasi kerja boleh diambil tindakan dan dakwa sebab kita telah rugi dan menunjukkan berlaku ketirisan kerana kita telah bayar mereka, rakyat bayar cukai jalan tetapi insfrastruktur tidak memuaskan.

“Pada Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey, Setiausaha Tetap Kementerian JKR dan konsesi, selesaikanlah masalah ini segera selain JKR buat pemantauan dan pemeriksaan menyeluruh jalan raya rosak.

“Kita tidak mahu ada kemalangan jiwa, rakyat tanggung beban sebab kereta rosak, rim dan tayar pecah, pemimpin naik ‘super king’ kereta mewah tapi rakyat? Kalau kereta rosak, tiada duit untuk ganti.

“Persekutuan juga maklum hal ini, Setiausaha Politik (SUPOL) Perdana Menteri juga sudah kita maklumkan bagaimanapun minta Shahelmey dan JKR untuk bertanggungjawab,” ujarnya.

Related Posts

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menzahirkan rasa amat sedih dan dukacita atas tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang berlaku berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak. Insiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

KUCHING – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menzahirkan rasa amat dukacita berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang mengorbankan lima mangsa di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH pertahan prinsip, pesalah rasuah perlu jalani hukuman penuh

PH pertahan prinsip, pesalah rasuah perlu jalani hukuman penuh

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

Wawasan mula tembusi kubu Bersatu di Perlis

Wawasan mula tembusi kubu Bersatu di Perlis

2 maut kereta terbabas langgar pokok

2 maut kereta terbabas langgar pokok