Kemudahan telaga tiub, penduduk 100 rumah Kg Jawa Kongsi 10 tarik nafas lega

TAWAU – Kira-kira 500 penduduk dari 100 buah rumah di Kampung (Kg) Jawa Kongsi 10 kini menarik nafas lega apabila isu air yang berlarutan sejak lebih 30 tahun berakhir dengan pembinaan telaga tiub di kawasan berkenaan.

Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui berkata, projek rintis yang membabitkan kos sebanyak RM500,000 itu mula dilaksanakan pada Jun tahun lepas dan dimanfaatkan sepenuhnya sejak Disember.

“Inisiatif proaktif ini dibuat bagi membantu rakyat yang terinspirasi dari Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dan saya melaksanakannya di Tawau sebagai usaha membantu menyelesaikan masalah air yang membelenggu penduduk.

“Pembinaan telaga tiub ini tidak mengambil masa yang lama namun banyak perkara diberi perhatian termasuk pemilikan tanah, kesesuaian kawasan dan lain-lain.

“Bagaimanapun, saya percaya pembinaan akan datang akan jadi lebih cepat kerana kita sudah ada panduan,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan Projek Telaga Tiub di Kg Jawa Kongsi 10, di sini, pada Selasa.

Menurut Lo, dua projek telaga tiub di Tawau kini siap termasuk yang dibina di Masjid Bandar Sri Indah sementara sebuah lagi akan dibina di Hospital Tawau.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Kg Jawa Kongsi 10, Momin Jino berkata, di Kampung itu, terdapat 420 rumah dengan 3,680 penduduk bagaimanapun 100 buah rumah di kawasan bukit kampung berkenaan menghadapi masalah air yang serius.

“Kami sebagai pemimpin juga selalu mengajukan masalah kepada Jabatan Air dann Kementerian tapi masalah ini amat rumit bagaimanapun dengan adanya telaga tiub ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri dan Yang Berhormat (YB) Lo terhadap kampung ini,” katanya.

Seorang penduduk yang menerima manfaat sumber air bersih berkenaan, Miswari Muhammad, 33, juga lega dan menzahirkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan Lo apabila masalah air dapat diselesaikan.

“Di rumah saya ada 10 orang dan kami sebelum ini hanya bergantung kepada air hujan selain semasa kenduri kami akan pakai pinggan pakai buang serta seminggu dua kali akan ke dobi untuk mencuci pakaian.

“Kemudahan yang kami kecapi sekarang memang tiada masalah air dan boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa,” katanya.

Pengerusi Surau Al-Ikhlas Kg Jawa Kongsi 10, Ustaz Abd Manap Abidallah juga senada apabila meter air surau yang terletak di jalan raya luar sehingga menggunakan dua pam air untuk mendapatkan air di surau itu kini menjadi mudah apabila sumber air bersih dari telaga tiub yang dibina dapat dimanfaatkan terus ke surau tersebut.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

KUCHING – Seramai 60 individu daripada golongan memerlukan menerima sumbangan wang tunai dan hamper makanan bernilai keseluruhan RM350 setiap seorang menerusi Majlis Sejambak Kasih Deepavali 2026, pada Isnin. Menteri Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak