Mossy Forest kembali dibuka untuk pengunjung

KUANTAN – Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) Pahang membuka semula Taman Eko Rimba (TER) Mossy Forest, Cameron Highlands selepas ditutup sementara selama 20 hari berikutan kejadian tanah runtuh.

Semua aktiviti di kawasan terbabit seperti riadah termasuk mendaki Gunung Irau turut dibenarkan.

Penolong Pengarah Kanan Hutan Lipur JPN Pahang, Muhamad Rahman Mustafa memberitahu Berita Harian, pihaknya membuka semula TER Mossy Forest bermula kelmarin selepas kerja membersih tanah runtuh selesai sepenuhnya.

Menurutnya, pemandu pelancong atau malim gunung termasuk penyedia kemudahan kenderaan ke kawasan terbabit telah dimaklumkan bagi memberi peluang kepada mereka menerima tempahan daripada pelancong.

JPN Pahang membelanjakan RM450,000 bagi menaik taraf TER Mossy Forest yang menjadi tumpuan aktiviti ‘hiking’ oleh peminat sukan lasak itu.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

KUCHING – Seramai 60 individu daripada golongan memerlukan menerima sumbangan wang tunai dan hamper makanan bernilai keseluruhan RM350 setiap seorang menerusi Majlis Sejambak Kasih Deepavali 2026, pada Isnin. Menteri Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak