Kes banduan mati: Polis Perak rakam percakapan 82 individu termasuk 2 pegawai penjara

TAIPING – Susulan kematian seorang banduan lelaki di Penjara Taiping dipercayai dipukul warden pada 17 Januari lalu, Polis Perak telah merakam percakapan seramai 82 individu termasuk dua pegawai penjara.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, baki 80 lagi yang dirakam keterangan merupakan banduan serta tahanan di penjara terssbut.

Ujarnya, kes yang mula disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping itu sudah di bawa ke pengetahuan Ketua Polis Negara dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, bagi siasatan lanjut.

“Saya mengesahkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima banyak laporan berhubung kejadian (kematian) termasuk laporan polis pada 17 Januari lalu.

“Yang lain-lain itu masih dalam siasatan. Kita akan angkat ke peringkat Bukit Aman dan siasatan telus akan terus dijalankan.

‘Insya-Allah bila sudah lengkap dan gambaran situasi sebenar diperolehi, kita akan cuba keluarkan kenyataan media,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 Peringkat PDRM Kontinjen Perak di Plaza Tol Taiping Selatan, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), pada Isnin.

Mengulas lanjut, Zulkafli berkata, siasatan lanjut kes itu akan diteruskan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Jelasnya, punca kematian dan lain-lain perkara yang menjurus kepada kejadian tersebut masih dalam siasatan.

“Pada masa ini, kita masih dalam proses siasatan dan masih merakam keterangan lebih banyak banduan dan pegawai penjara. Kita ambil keterangan secara berhati-hati dan tidak tergesa-gesa.

“Setakat ini kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana ada menyebabkan kematian,” ujar beliau.

Sementara itu, di hadapan Penjara Taiping pada pagi Isnin tadi, turut berlangsung satu perhimpunan anjuran sebuah parti politik susulan dakwaan berlakunya kekasaran terhadap lebih 100 banduan hingga menyebabkan seorang daripadanya meninggal dunia.

Lebih 50 orang terdiri ahli keluarga dan waris berhimpun mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap insiden itu.

Mereka mendakwa kematian disebabkan kecederaan perut akibat trauma tumpul.

Jabatan Penjara juga turut mengesahkan berlaku kejadian provokasi di Penjara Taiping pada 17 Januari lalu, yang menyebabkan seorang banduan meninggal dunia.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, jabatan itu memaklumkan kejadian berkenaan membabitkan prospek yang dipindahkan dari Pusat Koreksional Batu Gajah ke Penjara Taiping.

Ujar kenyataan itu lagi, pihaknya tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat unsur kecuaian atau kelemahan prosedur semasa melaksanakan tugas.

Jabatan Penjara juga memohon kerjasama orang awam supaya tidak menyebar luas berita tidak sahih berkaitan kejadian itu.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar