Kempen Keselamatan Dalam Talian program ‘flagship’ tahun ini

KEMENTERIAN Komunikasi akan menggunakan Kempen Keselamatan Dalam Talian sebagai program ‘flagship’ bagi mewujudkan penggunaan internet yang selamat dan sesuai semua lapisan masyarakat di negara ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, kempen itu telah dilancarkan buat pertama kalinya di Universiti Malaysia Kelantan pada 21 Januari akan diperkenalkan di sekolah rendah dan sekolah menengah.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pasukan atas kejayaan kita meluncurkan jelajah kempen Keselamatan Dalam Talian di UMK yang sambutannya sangat baik. Jadi tahniah saya ucapkan.

“Mesti ada mesej yang jelas untuk memastikan internet bukan sahaja lebih mampu milik, lebih mudah diakses, dan lebih pantas tetapi yang paling penting, lebih selamat untuk anak-anak dan keluarga kita,” katanya ketika menyampaikan amanat dalam perhimpunan bulanan kementerian di sini hari ini.

Turut hadir, timbalannya, Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, kempen itu akan disusuli dengan memfokuskan kepada Universiti Awam (UA) bersama pelajar terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan persatuan-persatuan pelajar yang lain bagi membantu menggerakkan agenda ini dalam kalangan pelajar.

“Insya-Allah kita akan susuli dengan beberapa langkah dan harap menjelang hujung tahun ini kita akan menjelajah dan berjaya menggerakkan kempen ini ke 10,000 sekolah rendah dan menengah serta sejumlah Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Selepas pada itu saya harap pasukan yang telah dilatih ini dapat pergi ke masjid-masjid, surau-surau tempat-tempat ibadat bertemu dengan ahli-ahli jawatankuasa untuk memaklumkan mendidik mereka meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dalam talian kita pergi ke persatuan-persatuan penduduk rukun-rukun tetangga semua lapisan masyarakat.

“Maka ini kempen keselamatan dalam talian merupakan antara program ‘flagship’ kita untuk tahun ini. Tak guna kita ada internet yang laju tak guna kita dah berjaya kurangkan kos harga jadikan ia lebih murah tapi ia tidak selamat untuk rakyat gunakan,” katanya.

Justeru, harapan beliau bagi peringkat sekolah, mesej yang dapat disampaikan bagi sekolah rendah ialah anak-anak di bawah umur 13 tahun ‘Say No to Social Media’ dan di peringkat sekolah menengah agar memanfaatkan internet dengan selamat supaya tidak jadi mangsa scam, mangsa pedofilia.

Related Posts

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

SEREMBAN – Isu pemecatan Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Dohak seharusnya tidak lagi menjadi pertikaian, sebaliknya perhatian perlu diberikan kepada pematuhan proses perlembagaan secara menyeluruh. Bekas hakim Mahkamah Rayuan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ia antara tiga persetujuan dan ketetapan dicapai hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan