Dua ditahan, ESSCOM rampas rokok, tembakau seludup hampir RM872 ribu


LAHAD DATU – Cubaan dua warga Filipina menyeludup 580,000 batang rokok putih dan 440 bungkusan kecil tembakau dianggarkan bernilai hampir RM872,000 gagal selepas ditahan Bahagian Keselamatan, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), pada Selasa.

Komandernya, Datuk Victor Sanjos berkata bertindak atas maklumat penyeludupan rokok dan serbuan dilakukan, lelaki dan wanita berkenaan berjaya ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di koloni setinggan Kampung Bakau.

“Antara jenama rokok yang dirampas adalah Astro Mentol King, Astro Ice Blue Berry, Astro Filter King, Era Premium, Tex Mentol, Nice, Menara Dunia, Gudang Garam dan Tembakau Sgog yang disembunyikan sama ada dalam kotak atau plastik bernilai RM871,854.40 selepas cukai.

“Turut dirampas sebuah kenderaan pacuan empat roda, tiga bot enjin sangkut kuasa 15 kuda setiap satu dan nilai kesemua barang RM62,000 yang dipercayai digunakan oleh penyeludup,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Menurut Victor, kedua-dua suspek disyaki aktif dalam aktiviti penyeludupan rokok tanpa cukai di sekitar Lahad Datu dan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Jelasnya, kejayaan dan tindakan pantas itu mencerminkan komitmen dan jaminan ESSCOM dalam mengurangkan Jenayah Rentas Sempadan (JRS) di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

“ESSCOM sentiasa memantau dan akan terus memperhebat operasi-operasi khas seperti ini, khususnya dalam menjejak anasir asing bagi mengekang sebarang elemen yang boleh mengganggu-gugat keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan awam khususnya di pantai Timur Sabah.

“Koordinasi bersama pasukan keselamatan lain juga akan diperhebat selain turut komited membantu pelbagai Agensi Penguatkuasaan Persekutuan dan Negeri dalam membanteras elemen JRS seperti aktiviti rompakan laut,” ujarnya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok