PRK Nenggiri: Beri kepercayaan pada UMNO lakukan perubahan

KOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) sedang giat menggerakkan jentera parti dengan menggunakan pelbagai pendekatan dibenarkan oleh undang-undang untuk memastikan kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, 17 Ogos nanti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pengundi DUN Nenggiri perlu memberi kepercayaan kepada Kerajaan Perpaduan melalui UMNO agar dapat berbakti kepada rakyat terutama berkaitan pembangunan.

“Ketika ini jentera parti sedang giat melakukan usaha dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang dibenarkan untuk memastika pengundi-pengundi di sana dapat memberi kemenangan kepada BN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Kubang Kerian di Dewan UMNO negeri Kelantan, di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, pihaknya mengharapkan rakyat dapat memberi kepercayaan kepada parti itu selain kemenangan mereka akan dapat membantu pembangunan kawasan setempat.

“Saya berhadap rakyat akan memberi kepercayaan BN.

“Kerajaan melalui BN khususnya UMNO akan untuk berbakti kepada rakyat dalam semua soal terutama berkaitan pembangunan,” katanya.

BN mempertaruhkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Gua Musang merangkap Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon mereka di PRK DUN Nenggiri.

Related Posts

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

KUANTAN – Inisiatif Rumah Bangsa hasil ilham Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mula menunjukkan hasil yang baik. Selain bertujuan memperkukuhkan perpaduan dalam parti, inisiatif itu juga dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

KUCHING – Khabar angin yang tular di media sosial mendakwa Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedang mempertimbangkan untuk bertanding di Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ditegaskan sebagai berita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM