Anwar luang masa minum petang bersama rakyat Malaysia di Brussels

DATUK Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis minum petang dan ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium, semalam.

Majlis diadakan sempena lawatan kerja dua hari Perdana Menteri ke Belgium yang bermula Ahad, dihadiri kira-kira 200 rakyat Malaysia yang berada di negara itu.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Duta Malaysia ke Belgium, Luxembourg dan Kesatuan Eropah, Datuk Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak, serta Presiden Persatuan Malaysia di Belgium, Sarala Shambulingam.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Mohd Khalid Abbasi dalam ucapannya berkata, terdapat kira-kira 200 rakyat Malaysia bekerja atau belajar di Belgium.

“Satu nama popular yang tidak dapat hadir ialah pemain bola sepak, Luqman Hakim Shamsudin yang mempunyai perlawanan pada malam ini (malam tadi),” katanya.

Luqman Hakim adalah bola sepak negara yang beraksi dengan kelab Belgium, KV Kortrijk.

Related Posts

PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

KUALA LUMPUR – Parti-parti politik yang menolak sentimen perkauman dan agama disaran meneladani diplomasi serta fleksibiliti Perjanjian Hudaibiyah dengan bersedia ‘duduk semeja’ mengadakan rundingan kerusi bagi mendepani Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Rakyat perlu pendapatan lebih kukuh, bukan sekadar bantuan

KOTA KINABALU – Belanjawan 2027 perlu memberi tumpuan lebih besar kepada peningkatan pendapatan rakyat, selain memastikan bantuan dan subsidi bersasar terus berfungsi sebagai jaringan keselamatan kepada golongan yang memerlukan. Pensyarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas

PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

Belanjawan 2027: Rakyat perlu pendapatan lebih kukuh, bukan sekadar bantuan

Belanjawan 2027: Rakyat perlu pendapatan lebih kukuh, bukan sekadar bantuan

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik