KP JKOM zahir penghargaan kepada PM, Fahmi atas pelantikannya

KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop menzahirkan ucapan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kerana memberikan kepercayaan kepada beliau untuk memimpin jabatan itu.

Ismail berkata, dengan penuh keinsafan, beliau akan berusaha sedaya upaya menjalankan tanggungjawab tersebut dengan baik dalam menggerakkan salah satu jentera komunikasi Kerajaan Madani.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk memimpin jabatan ini.

“Saya sedar dan insaf, ini bukan satu yang mudah lebih-lebih lagi dalam suasana semasa yang memerlukan komunikasi di semua peringkat dan membantu untuk memastikan perlaksanaan dasar Malaysia Madani diteruskan.

“Saya ambil cabaran ini untuk membantu Anwar, Kerajaan Madani dan Fahmi untuk bersama-sama dengan agensi komunikasi yang lain bagi melaksanakan amanah ini,” katanya ketika dalam sesi temubual bersama The Malaysia Press pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas pertemuannya dengan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa di Kementerian Komunikasi, Putrajaya, hari ini.

Ismail mula menjawat jawatan itu bermula pada 15 Januari lalu bagi menggantikan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr Mohd Khairuddin Othman.

Hari ini (Jumaat), Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan Ismail sebagai Ketua Pengarah JKOM yang baharu selepas kekosongan jawatan itu selama tiga bulan.

Semalam, pelantikan Ismail dikongsikan menerusi laman Facebook Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM).

Mengulas lanjut, Ismail berkata, masih terlalu awal untuk melakukan reformasi di jabatan itu dan beliau menyifatkan setiap kakitangan adalah penting serta mempunyai tanggungjawab masing-masing yang wajar dihargai.

Jelasnya lagi, sikap kebersamaan dan toleransi perlu diterapkan untuk membentuk sebuah organisasi yang cemerlang dari pelbagai sudut.

“Dalam JKOM ni terlalu awal. Saya pun baru tetapi saya amat menghargai setiap orang yang ada dalam organisasi kerana semua yang ada dalam JKOM ini bagi saya penting dan mempunyai tanggungjawab yang amat berat dalam konteks untuk mempertahankan kerajaan khususnya Perdana Menteri.

“Kita perlukan semua orang… sebab prinsip saya satu sahaja dalam organisasi ini, ia bukan tentang saya atau tentang awak… ianya tentang kita (organisasi),” katanya.

“Organisasi tak boleh berjaya dan cemerlang kerana satu orang. Bercakap tentang cemerlang, mungkin saya boleh dianggap seorang yang terbaik tapi kalau saya seorang nak bergerak… tidak… semua orang layak memainkan peranan mereka yang tersendiri,” katanya.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

  • By Aden
  • July 25, 2026
Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah