Kelulusan dan peruntukan bina PPR harap dipercepat – Nizam

TAWAU – Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berharap agar kelulusan dan peruntukan bagi pembinaan Program Perumahan Rakyat (PPR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas dipercepatkan.

Beliau berkata, dengan pertambahan rumah PPR berkenaan, sudah tentu dapat mengurangkan kawasan setinggan di daerah ini.

“Selaku ADUN Apas juga, saya dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) telah mengenal pasti lokasi pembinaan 1,000 unit rumah PPR di DUN Apas.

“Oleh itu, kita harap peruntukan dan kelulusan untuk pembinaan,” katanya kepada media selepas mengagihkan bantuan kewangan termasuk kelengkapan dapur dan keperluan barang peribadi kepada 75 orang Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran Kampung Sri Aman di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Kompleks Sukan Tawau.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui.

Nizam juga menyeru mangsa kebakaran untuk membuat permohonan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Mereka yang mempunyai tanah bersama keluarga, mereka mungkin boleh berunding kepada pemilik tanah lain untuk menggunakan sebahagian kawasan itu bagi mendirikan rumah yang dimohon kepada Kerajaan Negeri.

“Sudah tentu keutamaan permohonan rumah diberi kepada mangsa-mangsa kebakaran,” katanya.

Dalam pada itu, Nizam turut menzahirkan penghargaan kepada pihak Parlimen Tawau, MPT, Jabatan Kebajikan Masyarakat Tawau, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang menyelaras bantuan kepada seluruh mangsa terlibat.

“Tidak lupa juga kepada orang-perseorangan, badan bukan kerajaan (NGO) termasuk mereka yang bermurah hati membantu mereka kerana inilah yang diharapkan apabila berlaku suatu musibah, yang ada kelebihan membantu agar mangsa tidak terbeban,” tambahnya.

  • Related Posts

    Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

    KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

    ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

    Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

    Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

    Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

    Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

    Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

    Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

    Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

    Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

    Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

    Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

    Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan