JKOM alu-alukan kerjasama agensi, jabatan kerajaan bersama sampaikan maklumat kepada rakyat

JABATAN Komunikasi Komuniti (JKOM) sedia berganding bahu dan berkolaborasi dengan agensi serta jabatan kerajaan khususnya di bawah Kementerian Komunikasi bagi memastikan dasar-dasar Malaysia Madani dapat disebarluaskan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Yusop berkata, kerjasama ini membawa kepada penyelarasan pasukan utama kerajaan dalam mengangkat dasar-dasar terutama berkaitan inisiatif Kerajaan Madani kepada rakyat.

Ismail berkata, adakalanya terdapat maklumat yang penting tidak sampai ke pengetahuan rakyat akibat kekangan tertentu dan sekiranya langkah ini dapat direalisasikan sedikit sebanyak akan memberikan gambaran positif serta nilai tambah untuk kerajaan.

“Jadi mahu atau tidak mahu kena ada kolaborasi serta kerjasama (agensi dan jabatan kerajaan) kerana kita melaksanakan tugas yang sama untuk mengangkat dasar-dasar Kerajaan Madani ini termasuk segala inisiatif yang dilakukan.

“Dalam waktu yang sama juga penting juga untuk maklumat ini sampai ke akar umbi. Setiap inisiatif saya, ia melengkapi antara satu sama lain.

“Jika semua ada koordinasi, penyelarasan saya fikir barangkali kita boleh meredakan persepsi songsang terhadap Kerajaan Madani,” katanya ketika dalam sesi temubual bersama The Malaysia Press pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas pertemuannya dengan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa di Kementerian Komunikasi, Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, mengupas budaya fitnah yang kian berleluasa dalam kalangan masyarakat, beliau menasihatkan masyarakat agar mengambil langkah bijak dalam menilai sebelum membuat sebarang kesimpulan yang berbaur prasangka.

Ismail sekali lagi menyeru seluruh warga JKOM, agensi dan jabatan kerajaan segera menangkis persepsi negatif sekali gus menjadi benteng dalam mempertahankan kerajaan.

“Situasi ini bahaya, apatah lagi dalam sesebuah negara. Masyarakat kini lebih mempercayai persepsi daripada fakta dan persepsi ini hanyalah sudut pandang atau tanggapan dalam suasana dimana media sosial memegang kerangka pemikiran rakyat sehingga menjadi panduan untuk merumuskan sesuatu perkara sedangkan realitinya tidak begitu.

“Sudah sampai waktunya agensi-agensi di bawah Kerajaan Madani ini bertindak bukan sekadar hendak menjawab fitnah tetapi kena buat lebih daripada itu.

“Sekali lagi, saya fikir kita perlu proaktif, menjadi benteng untuk kerajaan dan dijadikan satu gelombang Madani,” katanya.

Ismail mula menjawat jawatan itu bermula pada 15 Januari lalu bagi menggantikan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr Mohd Khairuddin Othman.

Hari ini (Jumaat), Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan Ismail sebagai Ketua Pengarah JKOM yang Baharu selepas kekosongan jawatan itu selama tiga bulan.

Semalam, pelantikan Ismail dikongsikan menerusi laman Facebook Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM).

  • Related Posts

    Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

    KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

    NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

    Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

    Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

    Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

    Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

    Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

    Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

    Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

    Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

    Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

    Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

    Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan