Rakyat Malaysia di Nepal digesa kekal waspada – Wisma Putra

KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan bahawa setakat ini, tiada laporan mengenai rakyat Malaysia yang terlibat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda kawasan kira-kira 84 kilometer dari Lobuche, Nepal pada pagi Selasa.

Wisma Putra menerusi satu kenyataan, menggesa rakyat Malaysia di Nepal supaya kekal berwaspada, mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan berhati-hati dalam menghadapi situasi selepas gempa bumi.

Wisma Putra turut menggalakkan rakyat Malaysia di Nepal untuk mendaftar kehadiran mereka melalui platform E-Konsular serta kekal berhubung dengan Kedutaan Malaysia untuk maklumat terkini dan bantuan.

Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu di Bakhundole-3, Lalitpur, melalui telefon di talian +977-1-5445680 atau +977-1-5445681 untuk pertanyaan umum atau +977-9801008000 untuk kecemasan.

Mereka juga boleh menghantar e-mel ke mwkathmandu@kln.gov.my untuk bantuan umum atau kathmandu@imi.gov.my bagi urusan imigresen.

Kementerian itu menegaskan komitmennya untuk memantau dengan teliti perkembangan dan memberikan maklumat terkini apabila perlu.

Sebelum ini media antarabangsa melaporkan, angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda wilayah selatan Tibet di China telah meningkat kepada 53 orang manakala kira-kira 62 orang lagi dilaporkan cedera, menurut agensi berita Xinhua yang dikendalikan oleh kerajaan.

Gempa bumi itu telah melanda bandar Xigaze di Wilayah Autonomi Xizang, nama tempatan bagi Tibet, pada pukul 9.05 pagi waktu tempatan (0105GMT) pada kedalaman 10 kilometer (6.2 batu).

Pegawai kerajaan tempatan sedang menghubungi pelbagai kawasan untuk menilai kesan gempa tersebut, sementara tentera China telah mengerahkan dron untuk meninjau kawasan pusat gempa selepas kejadian itu.

Dalam laporan berasingan, Kajian Geologi Amerika Syarikat (US Geological Survey) merekodkan magnitud gempa bumi tersebut sebagai 7.1.

Presiden China, Xi Jinping, telah mengarahkan pihak berkuasa untuk melaksanakan usaha menyelamat secara habis-habisan bagi mencari dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Selain itu, Komando teater barat Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) telah bersiap sedia dengan pelan kecemasan bantuan bencana yang melibatkan pengangkutan, pesawat perubatan, helikopter, dan pasukan darat untuk membantu operasi bantuan.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idham daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam membuktikan wujud keperluan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan segera. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan