Jaga kebersihan pasar, capai imej KK bandar raya pilihan pelancong

KOTA KINABALU – Penjagaan kebersihan kawasan pasar harus diberi penekanan bagi memastikan imej bandar raya Kota Kinabalu terus terpelihara sebagai destinasi pilihan pelancong.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah dalam hantaran di laman Facebook Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berkata, penekanan tersebut adalah sebagai usaha berterusan daripada pihaknya.

Katanya, lawatan mesra pihak DBKK ke Pasar Besar Kota Kinabalu dan Pasar Ikan Kota Kinabalu adalah bertujuan bagi meninjau keadaan semasa kemudahan di dua lokasi tersebut.

“Saya juga ingin memastikan kebersihan, keselamatan dan keselesaan para peniaga serta pengunjung sentiasa menjadi keutamaan.

“Saya turut memuji usaha para peniaga yang sentiasa mematuhi garis panduan yang ditetapkan pihak DBKK, khususnya dalam pengurusan sisa pepejal dan penyelenggaraan kebersihan di kawasan perniagaan mereka.

“Lawatan ini juga memberi peluang kepada pihak DBKK mengenal pasti sebarang keperluan penambahbaikan infrastruktur termasuk perancangan masa depan untuk menaik taraf kemudahan demi keselesaan pengguna,” katanya dalam kenyataan itu pada Ahad.

Sehubungan itu, beliau turut berkesempatan berinteraksi dengan para peniaga dan pengunjung untuk mendengar pandangan dan cadangan mereka berkaitan perkhidmatan di pasar berkenaan.

Katanya, pihak DBKK akan terus bekerjasama dengan para peniaga dan komuniti setempat bagi memastikan segala inisiatif pembangunan berjalan lancar dan memenuhi keperluan masyarakat.

Related Posts

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

KENINGAU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Kecil sentiasa mengamalkan budaya kerja yang responsif, proaktif dan berintegriti serta berani mengambil pendekatan baharu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

KENINGAU – Kerajaan Sabah memperuntukkan hampir RM1 bilion tahun ini bagi pembangunan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan yang terus menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri. Ketua Menteri Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian