Maritim Lahad Datu tahan dua vesel pukat jerut bilis langgar syarat lesen

LAHAD DATU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu menahan dua vesel pukat jerut bilis secara berasingan di perairan Tabawak dan Kunak selepas dikesan melanggar syarat lesen, pada Khamis.

Pengarah Maritim Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, sebuah vesel ditahan di kedudukan 0.2 batu nautika Kampung Pangi Hujung, Kunak pukul 2 petang manakala sebuah lagi ditahan di kedudukan 0.3 batu nautika utara Pulau Majinkil pujul 4.30 petang.

“Pemeriksaan awal pasukan mendapati, vesel pertama dikendalikan dua warga tempatan berumur 34 tahun dan 18 tahun bersama hasil tangkapan seberat dua kilogram.

“Vesel kedua dikendalikan dua warga tempatan berumur 36 tahun dan 32 tahun bersama seorang warga Filipina berumur 42 tahun bersama hasil tangkapan ikan tuna seberat empat kilogram.

“Kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, bagaimanapun kedua-dua vesel tersebut melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu memukat kurang dari 1.5 batu nautika dari daratan terhampir,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Menurut Dzulfikhar, kesemua kru vesel dan hasil perikanan dengan jumlah rampasan RM188,000 dibawa ke jeti Perikanan Lahad Datu untuk siasatan lanjut pegawai penyiasat Maritim Malaysia.

Tegasnya, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia dan akan terus membuat rondaan serta pemantauan di perairan negara.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan insiden di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Lahad Datu melalui aplikasi Whatsapp 016-9305727 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera,” katanya.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa