180 PATI warga Filipina dihantar pulang melalui ICQS Lahad Datu

LAHAD DATU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 180 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini pada Jumaat.

Pengarahnya, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, kesemua PATI yang ditahan di Depot Imigresen Sandakan itu dipindahkan menggunakan pengangkutan laut feri ‘MV Ming Hai Express’ ke Pelabuhan Bongao, Filipina.

“Penghantaran pulang ini membabitkan 79 lelaki dewasa, 38 wanita dewasa, 29 kanak-kanak lelaki dan 34 kanak-kanak perempuan yang berusia sekitar 1 tahun sehingga 80 tahun.

“Kanak-kanak yang terbabit dengan program berkenaan akan balik ke negara asal bersama ibu bapa atau penjaga yang sah dan semua tahanan itu balik ke negara asal atas program pembiayaan sendiri.

“Kadar pembayaran tiket feri dikenakan ke atas tahanan asing yang balik adalah termasuk caj kemudahan pengangkutan bas mulai dari lokasi Sandakan ke Lahad Datu.

“Caj dikenakan iaitu RM375 untuk penumpang dewasa, RM210 kanak-kanak berusia 5 ke 13 tahun dan percuma bagi kanak-kanak 4 tahun dan ke bawah,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Menurutnya, kesemua PATI yang dipindahkan dipercayai dengan munasabah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana masuk ke negara ini tanpa pas atau permit yang sah selain tinggal lebih masa.

Jelasnya, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara.

“Sehingga kini seramai 6,185 tahanan warga Filipina sudah dihantar balik dan menjadikan jumlah keseluruhan PATI dihantar pulang mencecah 8,842 orang.

“Semua tahanan PATI ini akan disenarai hitamkan dalam sistem JIM mengikut jenis kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Tambah beliau, kekerapan pelaksanaan program pemindahan tahanan PATI oleh JIM Sabah adalah tertakluk dengan jalinan hubungan kerjasama dan komitmen daripada pihak kedutaan asing di Malaysia.

“Operasi pemindahan tahanan ini adalah sebahagian daripada operasi berterusan JIM Sabah yang dijalankan dari semasa ke semasa bagi semua tahanan yang ditempatkan di depot-depot imigresen di Sabah.

“JIM Sabah akan terus melakukan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara,” katanya.

“Jabatan Imigresen Negeri Sabah tidak akan berkompromi dengan mana-mana warganegara asing yang menyalahgunakan pas serta kemudahan yang telah diberikan.

“Tindakan pendakwaan akan dikenakan kepada majikan serta pemilik premis yang menggaji warganegara asing tanpa dokumen perjalanan dan pas yang sah dan individu yang melakukan pelanggaran ke atas syarat pas atau permit seperti yang termaktub di bawah Akta 155 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” tegasnya.

Beliau berkata, pihaknya menasihatkan para majikan dan masyarakat supaya mengambil warganegara asing untuk bekerja di negara ini mengikut saluran yang berlandaskan undang-undang.

Ujarnya, JIM mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dalam membanteras PATI di negara ini.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan