Anwar kenang Manmohan tawar biasiswa untuk anak

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan takziah kepada keluarga mendiang bekas Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut berkongsi kebaikan dilakukan Manmohan kepada keluarganya sewaktu beliau ditahan di penjara.

“Manmohan menunjukkan kebaikan yang tidak perlu dilakukan, satu tindakan yang tidak membawa keuntungan politik, malah boleh dianggap sebagai tidak dihargai kerajaan Malaysia pada masa itu.

“Beliau menawarkan biasiswa untuk anak-anak saya, terutamanya anak lelaki saya, Ihsan.

“Walaupun saya menolak tawaran berkenaan, tindakan itu jelas menunjukkan sifat kemanusiaan dan kemurahan hati beliau yang luar biasa,” katanya.

Anwar menjelaskan sepanjang mengharungi kegelapan penjara, Manmohan setia sebagai seorang sahabat sejati.

“Kemurahan hati dilakukan secara diam-diam mencerminkan keperibadiannya dan ia akan tetap tersemat dalam hati saya selamanya.

“Selamat tinggal, sahabat ku (mitra), abang ku (bhai), Manmohan,” katanya.

Terdahulu, Anwar turut menyifatkan Manmohan sebagai arkitek kepada perubahan ekonomi India dan pembantu kepada kemunculan India sebagai kuasa ekonomi dunia.

“Saya berpeluang menyaksikan dasar transformasi itu secara langsung di tahun-tahun awal, ketika kami berdua berkhidmat sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1990-an.

“Kami berkongsi komitmen teguh dalam usaha menentang rasuah malah bekerjasama dalam membongkar satu kes besar.

“Pujian yang menyusul menjelang hari-hari berikutnya adalah sangat wajar. Dr Manmohan Singh, meskipun sedikit canggung sebagai seorang ahli politik, tetapi tidak dapat dinafikan beliau seorang negarawan yang jujur, teguh, dan tabah, meninggalkan legasi yang akan terus memberi inspirasi kepada generasi akan datang,” katanya.

Manmohan adalah Perdana Menteri India pertama berbangsa Sikh, memimpin negara itu dari 2004 sehingga 2014.

Mendiang diiktiraf kerana memacu India ke arah pertumbuhan ekonomi yang luar biasa dan membawa ratusan juta orang keluar daripada kemiskinan yang teruk.

Related Posts

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

SEPANG – Seramai 284 jemaah haji Malaysia memulakan perjalanan ke Tanah Suci awal pagi ini, sekali gus menandakan pembukaan rasmi musim haji 1447H/2026M. Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM