Rapid KL lanjut waktu operasi sempena tahun baharu 2025

RAPID KL akan melanjutkan waktu operasi bagi perkhidmatan transit rel dan bas terpilih sehingga jam 3.00 pagi pada 1 Januari bagi memenuhi keperluan mereka yang keluar untuk menyambut tahun baharu 2025.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan hari ini berkata lanjutan perkhidmatan itu akan melibatkan 18 stesen rel, empat stesen Bus Rapid Transit (BRT) dan 20 laluan bas utama serta perantara Rapid KL.

Kenyataan itu berkata, seramai 2,731 petugas barisan hadapan Rapid KL bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna, terdiri daripada polis bantuan dan kakitangan operasi akan bertugas pada malam ambang tahun baharu ini.

“Dengan lanjutan waktu operasi ini, ianya akan dapat membantu pengguna merancang waktu untuk pulang setelah selesai menghadiri acara sambutan selain dapat mengurangkan kesesakan di stesen-stesen yang berhampiran lokasi acara sambutan.

“Pengguna disarankan untuk menggunakan kad Touch ‘n Go bagi kelancaran perjalanan dan memastikan baki kad mencukupi sebelum memulakan perjalanan,” katanya.

Dalam pada itu, Rapid KL juga menggalakkan warga kota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada hari sambutan ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas terutamanya di kawasan yang berhampiran dengan acara sambutan ambang tahun baharu
Antara laluan transit rel dan BRT yang terbabit dengan lanjutan operasi adalah bagi laluan Kelana Jaya membabitkan stesen KLCC, Masjid Jamek, Pasar Seni dan Ampang Park; laluan Ampang/Sri Petaling membabitkan stesen Masjid Jamek, Bandaraya, Hang Tuah dan Maluri.

Laluan Monorel Kuala Lumpur membabitkan stesen Bukit Bintang dan Hang Tuah; laluan Kajang membabitkan Bukit Bintang, Tun Razak Exchange (TRX), Pasar Seni, Mutiara Damansara dan Maluri.

Laluan Putrajaya membabitkan stesen TRX, Persiaran KLCC dan Ampang Park serta laluan BRT Sunway membabitkan stesen Sunway Lagoon, SunMed, SunU-Monash dan South Quay-USJ1.

Tambah kenyataan itu lagi, laluan lain akan menamatkan operasi seperti biasa tetapi pengguna masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

Jadual kekerapan tren juga akan dipertingkatkan di semua laluan rel bermula jam 7.30 malam pada 31 Disember sehingga 3 pagi pada 1 Januari 2025 bagi untuk kemudahan dan keselesaan kepada warga kota untuk mengunjungi lokasi acara sambutan.

Related Posts

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

SEPANG – Seramai 284 jemaah haji Malaysia memulakan perjalanan ke Tanah Suci awal pagi ini, sekali gus menandakan pembukaan rasmi musim haji 1447H/2026M. Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM