Kerajaan Pulau Pinang tidak pinggir sekolah tamil, peruntukan tahunan terus disedia

BUKIT GAMBIR – Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus menyediakan peruntukan tahunan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negeri, mengikut keperluan semasa.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri komited untuk terus menyokong SJKT melalui peruntukan tahunan, yang diharapkan dapat memperkasa pendidikan bahasa Tamil di Pulau Pinang.

“Saya percaya setelah hampir 15 tahun pelaksanaan program ini, kita sudah melihat peningkatan kemudahan asas di SJKT dari tahun ke tahun. Kerajaan Negeri akan terus berusaha menambah peruntukan, sekiranya boleh, tetapi pasti tidak akan ada pengurangan.

“Sejak tahun 2023, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM2.39 juta sebagai bantuan khas tahunan kepada sekolah-sekolah Tamil, tadika sekolah Tamil, sekolah Punjabi, serta Tabung Khas Jawatankuasa Sekolah Tamil Negeri Pulau Pinang. 

“Pecahan peruntukan tersebut adalah RM2 juta untuk 28 SJKT berdasarkan keperluan pembangunan masing-masing, RM150,000 untuk 19 tadika Tamil, RM90,000 untuk tiga sekolah Punjabi, dan RM150,000 lagi untuk Tabung Khas Jawatankuasa Sekolah Tamil,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Persidangan Guru-Guru Bahasa Tamil Negeri Pulau Pinang Peringkat Antarabangsa 2024, yang diadakan di Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang pada Ahad.

Selain sokongan kewangan, Chow menekankan kepentingan penganjuran persidangan seperti itu dalam usaha memartabatkan bahasa Tamil di peringkat global. 

“Bahasa Tamil bukan hanya sebuah bahasa, tetapi juga warisan yang kaya dengan budaya, sejarah, dan tradisi yang telah bertahan selama ribuan tahun. Peranan guru-guru Bahasa Tamil amat penting untuk memastikan warisan ini terus dihargai, dipelajari, dan diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya.

Chow berkata, seiring dengan matlamat persidangan tersebut, kerajaan Pulau Pinang juga sentiasa komited untuk memajukan pendidikan, termasuk dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM), selaras dengan keperluan pasaran global. 

“Walaupun saya sering menekankan bidang STEM, saya juga menyedari bahawa bahasa adalah jiwa bangsa, dan pendidikan bahasa adalah inti pati dalam pembentukan identiti anak bangsa,” ujarnya.

  • Related Posts

    Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

    MIRI – Sebanyak 25 organisasi menerima geran peruntukan bagi memperkukuh pelaksanaan pelbagai inisiatif dan aktiviti yang memberi manfaat berterusan kepada komuniti di bandar raya ini. Datuk Bandar Miri merangkap Ahli…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Kualiti udara merosot, sekolah di Kuching dan tiga daerah laksana PdPR

    KUCHING – Semua sekolah di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak bagi daerah Kuching, Padawan, Serian dan Samarahan diarah tutup berkuat kuasa serta-merta selama dua hari bermula hari ini…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

    Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

    Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih

    Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih

    Kualiti udara merosot, sekolah di Kuching dan tiga daerah laksana PdPR

    Kualiti udara merosot, sekolah di Kuching dan tiga daerah laksana PdPR

    Angin kencang landa Limbang, sembilan lokasi terjejas pokok tumbang

    Angin kencang landa Limbang, sembilan lokasi terjejas pokok tumbang

    1,859 peserta sertai perarakan komponen ekonomi sempena Hari Kebangsaan 2026

    1,859 peserta sertai perarakan komponen ekonomi sempena Hari Kebangsaan 2026

    Penipuan dalam talian semakin kompleks, liputan kempen kesedaran perlu diperluas

    Penipuan dalam talian semakin kompleks, liputan kempen kesedaran perlu diperluas