Program SejaTi Madani beri manfaat kepada komuniti

Oleh: Shanty Incham

LUBOK ANTU – Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani) mampu memberi manfaat serta memajukan komuniti.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusuf, pihak Jawatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) digesa mempelbagaikan projek yang dimohon di bawah program tersebut.

“Saya juga menyeru pihak JKKK tidak memohon projek yang sama untuk mengelak berlakunya persaingan sehingga mengakibatkan projek tidak mampan dan kurang daya tahan,” ujar beliau.

Tambah beliau, projek sangat penting untuk dilaksanakan agar dapat memberi manfaat kepada seluruh komuniti.

“Saya berharap pada tahun akan datang lebih ramai pemohon dan sedar bahawa program ini dapat memberi manfaat sekali gus menjana pendapatan,” kata beliau ketika berucap pada Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani) di sini pada Ahad.

Sementara itu, beliau turut menyampaikan dana RM720,000 kepada lapan ahli JKKK di Lubok Antu untuk pelaksanaan Projek Pertanian Pintar Sayur dan Jagung, Penternakan Ikan dan Ayam serta pelancongan dan hospitaliti.

Turut hadir Ahli Parlimen Lubok, Antu Roy Angau Gingkoi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Datuk Dr Malcom Mussen  Lamoh; Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Charlie Keling; Pegawai Daerah Lubok Antu, Akoi Ejau; Pengarah Pembangunan Negeri Sarawak, Jasni Jubli; Ketua Zon Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak Zon Sri Aman, Radiah Muhamed@Muhamad.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan