JIM Sabah nafi pegawai terlibat dalam program pemutihan pekerja asing di Ranau

KOTA KINABALU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menafikan penglibatan mana-mana pegawai Imigresen dalam program pemutihan atau pendaftaran pekerja asing Smart Sabah yang diadakan di Pejabat Ladang Desa Teh, Ranau pada Rabu.

Pengarahnya, Datuk Sh. Sitti Saleha Habib Yussof berkata, orang ramai diingatkan agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan mesej pesanan yang diterima melalui platform pemesejan seperti WhatsApp atau media sosial yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan program tersebut.

“Orang ramai diminta sentiasa berhati-hati dan menyemak sebarang kandungan mesej yang diterima sama ada melalui WhatsApp mahupun platform sosial media yang lain.

“Hal ini adalah bagi mengelakkan orang ramai daripada menjadi mangsa kepada aktiviti berunsur pemalsuan dan penipuan,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, katanya JIM Sabah juga menegaskan individu yang didapati menyebarkan maklumat palsu boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Seksyen 505, Kanun Keseksaan dan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff