Pengusaha feri naikkan tambang tindakan terburu-buru

ALOR SETAR – Kementerian Pengangkutan kecewa dengan sikap terburu-buru pengusaha feri Langkawi yang membuat pengumuman bagi menaikkan kadar tambang pada 1 Januari 2025 nanti.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya sangat kecewa kerana sepatutnya pihak berkenaan perlu berbincang terlebih dahulu dengan kementeriannya sebelum menaikkan kadar tambang seperti yang diumum pagi ini.

Katanya, Kementerian Pengangkutan baharu sahaja mendapat kelulusan prinsip dari Kementerian Kewangan pada Jumaat lalu untuk memberi subsidi diesel kepada pengusaha feri di pulau-pulau di seluruh negeri termasuk Langkawi.

“Saya memberi amaran kepada mana-mana pengusaha feri bahawa mereka tidak akan layak menerima subsidi diesel sekiranya mereka meneruskan tindakan menaikkan kadar tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.

“Adalah lebih baik semua pengusaha menarik balik pengumuman itu serta-merta dan berunding dengan pihak Kementerian Pengangkutan dalam masa terdekat,” tegasnya.

Pagi tadi pihaknpengurusan Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengeluarkan kenyataan tambang feri ke Langkawi akan naik antara RM3 dan RM10.50 mulai 1 Januari 2025 nanti.

Menurut kenyataan itu, membabitkan beberapa pelancong warganegara, bukan warganegara dan penduduk tempatan.

Tambang feri dari laluan Kuala Perlis akan dinaikkan sebanyak RM3 bagi kanak-kanak iaitu RM16 kepada RM19. Manakala dewasa pula akan dinaikkan dari RM21 kepada RM24.

Bagi mereka yang bertolak dari laluan Kuala Kedah pula, tambang kanak-kanak akan dinaikkan dari RM20.50 kepada RM24.Manakala tambang dewasa pula dari RM26.50 kepada RM30.

Manakala bagi pelancong dewasa bukan warganegara , perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi RM27 dinaikkan sebanyak RM8 menjadi RM35 dan dari Kuala Kedah ke Langkawi RM34.50 dinaikkan sebanyak RM10.50 menjadi RM45.

Sementara itu pengumuman pagi itu mendapat perhatian penduduk Langkawi yang turut kecewa dengan kenaikan kadar tambang yang diumum oleh pengusaha feri pagi ini.

Bagi Ahmad Ismail, 65, adalah sangat mendukacitakan jika tambang feri itu dinaikkan kerana ini akan terus menjejaskan pelancong terutamanya dari dalam negeri untuk ke Langkawi.

Katanya, kenaikkan itu menyebabkan pelancong akan mencari pilihan lain untuk melancong dan selalunya Thailand adalah pilihan mereka.

“Saya sangat setuju tindakan Kementerian Pengangkutan mengambil tindakan segera dengan memberi amaran supaya pengusaha feri tidak akan menaikkan tambang itu.

“Apatah lagi baru-baru ini pun kerajaan Kedah baharu sahaja melancarkan program bercuti ke Langkawi dan saya yakin harapan untuk pelancong datang ke pulau legenda itu pasti tidak akan berjaya,” katanya.

Dalam perkembangan terkini, teguran Menteri Pengangkutan itu mendapat perhatian dari pengurusan Ferry Line Ventures Sdn Bhd dan membatalkan kenaikan tambang feri bagi warganegara tempatan.

Bagaimanapun menurut Pengurus Besarnya, Kapten Tc Dr Baharin Baharom, pihaknya tetap akan menaikkan tambang bagi pelancong asing akan berkuat kuasa pada 1Januari 2025 nanti.

Related Posts

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gagal kemuka dokumen sah, enam kru bot tunda ditahan di perairan Bintulu

Gagal kemuka dokumen sah, enam kru bot tunda ditahan di perairan Bintulu

Gempar, pelajar perempuan cedera ditikam 16 kali di sekolah

  • By Aden
  • July 6, 2026
Gempar, pelajar perempuan cedera ditikam 16  kali di sekolah

Aduan tidak jalan, 200 nelayan OA terjejas akibat kerakusan bot pukat tunda ‘ratah’ hasil laut pesisir pantai

Aduan tidak jalan, 200 nelayan OA terjejas akibat kerakusan bot pukat tunda ‘ratah’ hasil laut pesisir pantai

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico